WANITA MATI TERPERANGKAP SEBULAN DALAM LIF PANGSAPURI

+

SHAANXI-Mayat seorang wanita ditemui mati dalam lif sebuah pangsapuri tempat tinggalnya selepas terperangkap hampir sebulan.
Menurut NetEase, kejadian berlaku di wilayah Xian, Shaanxi dimana polis menemui mayat seorang wanita dalam lif pada 1 Mac lalu dan sedang menjalankan siasatan berhubung kematian wanita itu.

Salah seorang penduduk tempatan yang hanya dikenali sebagai Wang memberitahu pemberita, bangunan tersebut mempunyai dua lif yang boleh digunakan oleh semua penduduk dan salah satu lif berkenaan rosak sejak akhir bulan Januari lalu.

Menurutnya, dia terkejut selepas mendapati ambulans bersama polis serta pasukan paramedik berada di luar bangunan.
“Pada mulanya saya fikir salah seorang penghuni tua yang berada dalam kesusahan, namun pihak polis memberitahu mayat seorang wanita ditemui mati di dalam lif,” katanya.

Tambah Wang lagi, pasukan paramedik turut memberitahu satu mayat wanita ditemui dalam keadaan hampir reput.
Sementara itu, salah seorang penyewa pangsapuri berkenaan, Xialon berkata, walaupunlif berkenaan ditutup, namun ada penduduk warga tua tetap menyelinap masuk.
“Mungkin wanita itu mati kerana kelaparan, ” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, memetik Shanghaiist, laporan tidak menyebut bagaimana wanita itu hilang dalam tempoh yang lama tanpa disedari rakan, keluarga atau penyewa lain di pangsapuri itu.krdit
+

Post a Comment

+