WANITA WARGA EMAS DITENGKING PEMANDU BAS HANYA KERANA BAWA CUCUR UDANG DARI RUMAH.!

+
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas memarahi warga emas yang membawa bekalan makanan dari rumah.

Menurut seorang wanita yang memuat naik status tersebut di laman sosial Facebook berkata, warga emas tersebut dimarahi ketika baru sahaja makan cucur udang di dalam bas tersebut.

“Apa punya bodoh pemandu Mayang Sari ni. Pemandu ini menengking dekat orang tua itu tak boleh bawa makanan dari rumah. Katanya ‘tadi tak nak makan dalam bas jugak nak makan.’ Macam ni ke kau layan pelanggan? Walau dekat dalam kapal terbang sekalipun boleh makan.

“Bertimbang rasalah sikit. Orang tua kot. Cubalah kalau ada orang buat macam tu kat mak kau. Marah tak? Marah kan? Fikir tu guna otak,”tulisnya.
Sambil mengecam tindakan tersebut, wanita itu turut menceritakan warga emas tersebut tidak makan dari pagi sejak membawa bekalan makanan tersebut.

“Dia masak kerana takut lapar duduk didalam bas. Jadi dia memasak dan membawa bekalan itu dari rumahnya dan dia masih tidak makan sebarang makanan daripada pagi lagi.

“Weh, perjalanan empat jam kot,” akhirinya. – SuaraTV.
+

Post a Comment

+