KAJIAN DAPATI BAU KENTUT BOLEH MERAWAT KANSER, BIAR BETUL? INI PENJELASANNYA

+
Kentut sering dikaitkan dengan bau busuk dan keadaan yang tidak menyenangkan, namun kajian terbaharu mendapati ia dapat membantu merawat penyakit kanser.
Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Exeter, London, England itu mendapati, gas hidrogen sulfida yang terdapat didalam bau kentut dan telur busukboleh mencegah kerosakan mitokondria pada sel.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medicinal Chemistry Communications itu, mendapati gas tersebut berupaya mengatur fungsi pembuluh darah dan neurotransmisi dalam otak dengan lebih baik selain mencegah pembentukan sel barah.

Salah seorang penyelidik, Dr. Mark Wood berkata, bau kentut bagaimanapun berbahaya jika digunakan secara berlebihan dan mencadangkan agar ia diambil dalam kuantiti yang dibenarkan.

"Kami sedang membuat replika dalam bentuk sebatian baharu daripada gas ini untuk mendapatkan mamfaat daripada kebaikannya. " Sebatian yang digelar AP39 ini menggunakan kuantiti yang sedikit untuk membaiki kerosakan dalam mitodonkria sel. Ia mungkin menjadi kunci kepada terapi kesihatan pada masa hadapan," ujanrnya.
+

Post a Comment

+