AKHIRNYA TERJAWAB:TEORI FIZIK DISEBALIK FREEKICK LUAR BIASA FAIZ SUBRI!!

+
“Naw, I’m pretty sure he is a wizard”

“We found the last airbender”

“That’s the best free kick I’ve ever seen”

Ini adalah antara komen peminat bola sepak antarabangsa di forum Reddit selepas melihat gol sepakan percuma Faiz Subri ketika menentang Pahang FC dalam Liga Super 2016.

Ramai peminat bola sepak menyamakannya dengan gol sepakan percuma Roberto Carlos ketika Brazilmenentang Perancis dalam perlawanan persahabatan pada 1997.

Ada juga yang menyamakannya dengan gol Papiss Cisse ketika Newcastle United menewaskanChelsea 2-0 dalam perlawanan Premier League musim 2012/2013. Teknik yang sama, tetapi gol Faiz Subri lebih sukar kerana beliau menyepaknya ketika bola sedang statik.

Teknik yang sukar

Ada sebab mengapa sehingga kini gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 tersebut masih disebut-sebut sebagai calon sepakan percuma terbaik di dunia. Ini kerana ianya sukar, istimewa – oleh itu, ianya jarang berlaku.

Andrea Pirlo pernah cuba melakukannya ketika Itali menang 2-1 ke atas England semasa Piala Dunia 2014, tetapi gagal. Sepakannya hanya singgah ke palang ketika Joe Hart tak mampu berbuat apa-apa.

Jadi apabila Faiz Subri berjaya melakukannya, tidak hairanlah komuniti peminat bola sepak di Internet menjadi gila.

Kerana gol tersebut, nama Faiz Subri, Pulau Pinang dan Malaysia menjadi terkenal. Mulai sekarang, peminat bola sepak dunia akan menyebut 3 nama ini setiap kali topik sepakan percuma terbaik di dunia muncul.

Melanggar hukum fizik

“I think that guy broke physics”

Ini adalah satu lagi komen peminat bola sepak di Reddit mengenai gol Faiz Subri. Ia mencadangkan gol tersebut sangat mustahil, unik dan pelik; seolah-olah melanggar hukum fizik.

Tetapi mengikut kajian ahli-ahli fizik Perancis dari Ecole Polytechnique di Paris, gol Faiz Subri danRoberto Carlos sebenarnya boleh dijelaskan mengikut hukum fizik.

Malah Isaac Newton sudah mengesan fenomena ini seawal tahun 1672 selepas bermain tenis.Heinrich Gustav Magnus pula melengkapkan penjelasan fenomena ini pada 1852; dan memanggilnya‘Magnus effect’.

Bagaimana Faiz Subri menjaringkan gol ‘mustahil’

Mengikut Hukum Newton Pertama, sesuatu objek akan kekal bergerak dalam haluan dan halaju yang sama sehinggalah ada daya yang bertindak ke atas objek tersebut.

Apabila Faiz Subri menyepak bola tersebut, beliau memberikan haluan dan halaju kepada bola tersebut. Tetapi tiada daya yang bertindak ke atas bola tersebut.

Jadi mengapa bola tersebut melencong?

Bola tersebut melencong kerana Faiz Subri memberikan putaran (spin) kepada bola tersebut. Dengan menyepak di bahagian bawah kiri bola, bola tersebut akan melayang ke atas sambil berputar pada paksinya.

Putaran inilah yang menyebabkan bola ini melencong. Fenomena ini dipanggil Magnus effect.

Bagaimana lencongan bola Faiz Subri boleh menjadi extreme seperti Roberto Carlos?

Berdasarkan kertas kajian ahli-ahli fizik Perancis tersebut (yang boleh dibaca di New Journal of Physics), bola yang disepak oleh Faiz Subri mempamerkan lencongan extreme kerana ia mengikut ‘trajektori seperti cengkerang siput’ atau spiral.

Dengan menggunakan gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 sebagai contoh, ahli-ahli fizikPerancis tersebut mendedahkan inilah trajektori sebenar bola yang disepak Carlos jika faktor graviti tidak diambil kira:


Sumber: BBC
Menurut kertas kajian tersebut, pada jarak 35 meter, sudut relatif kepada pintu gol sebanyak 12 darjah, dan kelajuan 38m/s:

(a) bola tersebut akan tersasar 4 meter dari pintu gol jika tiada spin

(b) bola tersebut akan tersasar 1 meter dari pintu gol jika ia mengikut trajektori bulat

(c) bola tersebut akan masuk ke pintu gol jika ia mengikut trajektori cengkerang siput (spiral)

Kesimpulan

Jika dilihat dari segi teori fizik, sepakan percuma Faiz Subri boleh diulang dan dicipta semula.

Tetapi dari segi praktikal, ianya sukar. Mengapa?

Ini kerana untuk menguasai sepakan percuma seperti ini, anda perlu mengawal tiga pemboleh ubah (variables):

sudut relatif kepada pintu gol,
kelajuan bola dan
kawasan bola disepak.3 Pembolehubah ini pula perlu disesuaikan mengikut jarak sepakan percuma tersebut dengan pintu gol.

Dalam bahasa pasarnya, ya. Ia sukar untuk diulang. Tetapi seperti yang kita tahu dalam bola sepak, semuanya tak mustahil....Sumber: semuanyabola
+

1 comments:

Sape main ping pong tau la camne teori nih...

Reply

Post a Comment

+