KERANA KUTUK G*Y TERUK DARIPADA BINATANG,NIKE HENTI TAJA PACQUIAO

+
SYARIKAT pengeluar barangan sukan terkenal, Nike hari ini memutuskan ikatan kontrak tajaan terhadap juara dunia sukan tinju antarabangsa terkenal dari Filipina, Manny Pacquiao.

Ini gara-gara tindakan berani Manny yang nekad mengutuk keras perlakuan hubungan sejenis adalah lebih teruk daripada binatang.

Nike dalam kenyataanya itu berkata, “Kami mendapati komen Manny itu adalah sesuatu yang memalukan. Kami kini tidak lagi mempunyai ikatan tajaan dengan Manny”.

Manny yang kini sedang bertanding sebagai Ahli Senat di negara kelahirannya, Filipina sebelum ini mengeluarkan kenyataan sebegitu menerusi satu sesi temubual dengan stesen televisyen.

Namun, tidak lama kemudian juara dunia berusia 37 tahun itu membuat permohonan maaf mengenai kenyataannya tersebut.

Dia mendakwa langsung tidak berniat untuk menghina golongan LGBT menerusi laman sosial dengan memuat naik gambarnya memakai baju tajaan Nike.

Nike telah bekerjasama dengan Manny selama lapan tahun tetapi Manny bukanlah atlet pertama yang dimansuhkan kontraknya.

Sebaliknya, Nike sebelum ini pernah memutuskan kontrak dengan atlit berbasikal, Lance Armstrong kerana pengambilan bahan terlarang dan jaguh sprinter, Oscar Pistorius atas kesalahan jenayah membunuh teman wanitanya. – MYNEWSHUB.CC
+

Post a Comment

+