KEJAM!! ANAK DIDERA PAKSA MAKAN 30 BANGKAI IKAN EMAS OLEH IBU SEBAGAI HUKUMAN

+
Seorang ibu di Jepun mendera anak perempuannya sendiri, sehingga sanggup memaksa anak dia makan 30 ekor ikan mas peliharaan sebagai hukuman.. Apalah kesalahan yang anak dia lakukan sampai si mak ni sanggup mendera anaknya sebegitu rupa??

Apa nak jadi dengan dunia sekarang, kekejaman semakin berleluasa.

. Seorang ibu pun dah tak ada sifat belas kasihan, sampaikan sanggup berlaku kejam dengan anak sendiri.. Seorang ibu sepatutnya mencurah dan mendidik anak dengan penuh kasih sayang.. Ini tidak, anak dijadikan ‘hamba’ untuk dibuli..

Ibu kejam itu dikenali sebagai Yuko Ogata, melakukan penderaan ke atas anak perempuan dia bersama teman lelakinya Takeshi Egami.. Ada jantan disisi pun tak guna, merosakkan hidup je!

Si ibu pun tak pandai pilih pasangan untuk membimbing dia dan memberi kebahagiaan kepada anaknya.. Boleh pulak pilih jantan yang sanggup bersekongkol mendera anak kandungnya sendiri..Memang bodoh lah si ibu itu!

Kejadian itu sebenarnya berlaku pada Jun lalu, si ibu didakwa memang sering mendera budak itu setiap hari.. Sebelum pasangan itu menyuruh budak itu makan ikan mas itu, diorang membunuh ikan itu dengan serbuk pencuci dalam tangki.. Selepas ikan itu dah mati, budak perempuan itu dipaksa makan 30 ekor ikan itu satu persatu… Kejam!

Tapi nasib baik, budak perempuan itu tak mengalami sebarang masalah.. Kalau nak tahu, ini kali kelima pasangan itu ditahan sejak tahun lalu membabitkan penderaan kanak-kanak.. Sumbat je dalam penjara seumur hidup, kalau dibebaskan pun tak pernah insaf!

Sebelum kejadian itu, pasangan itu pernah mendera budak itu dengan mengikat budak itu di katil dengan tali, menumbuk muka dan mencucuh lidah dengan puntung rokok.. Itu ke sikap seorang ibu kepada anaknya?? Perempuan itu memang tak layak jadi seorang ibu!

Miss kasihan dengan nasib budak-budak yang didera mak bapak sendiri, ibarat diorang tak ada makna dan penting dalam hidup mak bapak diorang.. Hurmm.
+

Post a Comment

+