Kebelakangan ini, isu menyusu badan anak menjadi topik hangat yang dibicarakan di media sosial selepas gambar selfie sambil menyusu badan anak diambil dan di muatnaik ke laman sosial hingga menjadi bualan ramai.
Rentetan kes terbaru ini, kini tersebar pula sebuah video “flashmob breastfeeding” yang telah pun bermain di dada-dada media empat tahun dan kini mula dimuatnaik semula di mana ia menerima kritikan masyarakat.
Di dalam video berkenaan menunjukkan kempen supaya ibu-ibu tidak malu untuk menyusukan anak di tempat awam di mana ia turut disertai oleh pelakon Dynaz Mokhtar.
Dynaz Mokhtar melalui akaun instagramnya telah tampil menjawab mengenai video berkenaan.
Dynas memberitahu “flashmob” tersebut telah diadakan di KLCC kira-kira 4 tahun yang lalu dan mempersoalkan mengapa ia tiba-tiba ia menjadi isu yang sangat besar sekarang.
Apa yang dilakukan mereka sebenarnya agar memberikan kesedaran kepada pihak pusat membeli-belah agar menyediakan ruang untuk ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka. Ini kerana pada waktu tersebut, kebanyakkan pusat membeli-belah tidak mempunyai kemudahan berkenaan.
Kalau kite tengok video tu video lama mase tu my daughter 1tahun setengah ,4tahun lepas dan ketika itu bilik menyusu di shopping mall tak disediakan.
Ada beberapa ibu dihalau ketika cube menyusukan anak mereka di surau jadi kami bersepakat untuk membuat flash mob untuk membuat program kesedaran kepada pihak atasan shopping mall supaya mereka menyediakan bilik khas untuk para ibu menyusu.
Tetapi banyak yang berpandang negatif tentang perkara ini dan why bring it up now ? But for me negativity is good sebab awareness on breastfeeding is there.
Berikutan video tersebut yang kembali tersebar, rata-rata ramai netizen menyifatkan ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. - Siakapkeli.my
+
Post a Comment