UPDATE BAUKSIT:"SUDAH SETAHUN BERLALU,DUIT SATU SEN PUN TAK DAPAT LAGI"-RINTIHAN PENEROKA

+
KUANTAN: Keputusan untuk memajakkan ladang kepada pengusaha bauksit seluas empat hektar tahun lalu nampaknya membautkan seorang wanita mengalami tekanan apabila dikatakan pengusaha bauksit berkenaan gagal membayar wang pajakan kepadanya.

“Siang malam makcik menangis, mengenangkan bayaran yang sehingga kini masih tak dilunaskan pengusaha bauksit,” demikian rintihan seorang peneroka Felda Bukit Goh, Halimah Kadir, 70 yang dipetik laporan Sinar Harian.

Difahamkan, mengikut perjanjian, bayaran hasil bauksit tersebut sepatutnya diterima oleh beliau secara bulanan atau berperingkat-peringkat apabila kerja-kerja mengambil bauksit dari atas tanahnya bermula hinggalah selesai.

“Kalau ikut perjanjian, makcik ada terima bayaran hasil pajakan tanah itu tapi makcik tak dapat bayaran seperti dijanjikan.

“Setiap bulan makcik tunggu, tapi sampai sekarang satu sen pun makcik tak terima.

“Bila makcik telefon pengusaha minta wang, mereka kata bulan depan akan buat bayaran, selepas itu terus diamkan diri,” katanya.

Beliau berkata tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa selepas menandatangai perjanjian pajakan tanah kelapa sawit miliknya itu ditandatangani pada Oktober 2014.

Berdasarkan perjanjian tersebut, beliau akan memperoleh deposit sebanyak RM50,00 daripada pengusaha bauksit apabila kerja-kerja pengorekan tanah dijalankan.

“Kalau makcik tau begini jadi, makcik tak akan benarkan tanah sawit makcik digunakan untuk lombong bauksit.

“Tapi bila mereka datang berulang kali dan beri tawaran lumayan, makcik terima sebab nak ubah nasib anak-anak.

“Setahun lebih makcik tunggu, bauksit dah dikorek pengusaha, tetapi bahan itu tak diangkut, malah dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Halimah yang nyata kecewa kini hanya bergantung hidup disara oleh anak-anak dan turut berniaga bagi menampung kehidupan hariannya, sedangkan ladang sawit berkenaan sebelum dipajak merupakan pendapatan utamanya iaitu sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Katanya, bagaimanapun kini dia mengharapkan wang pajakan tanah itu memandangkan pokok kelapa sawit di ladangnya sudah ditebang. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+