SURAT TERBUKA UNTUK "AKAK-AKAK"VAPERSS..

+
Fenomena menghisap rokok elektronik atau vape bukan sahaja menjadi kegilaan di kalangan golongan lelaki, malah ia turut menjadi kegilangan di kalangan golongan wanita.

Maka tidak menghairankan jika kita dapat melihat ramai wanita menghisap vape di tempat-tempat terbuka.

Mereka juga dilihat hebat menghembus asap berkepul-kepul dengan pelbagai bentuk, sama hebatnya dengan golongan lelaki.
Bagaimanapun pemandangan ini kurang disenangi oleh seorang siswazah, Amalina Annuardengan membuat satu surat terbuka kepada wanita-wanita yang menghisap vape.

Meskipun ia hak individu itu, namun Amalina berpendapat kegiatan itu seolah-olah merosakkan budaya dan nilai moral, apatah lagi sebagai seorang wanita, lebih menitik beratkan hal-hal sebegini.

"Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.
Kehadapan akak-akak vapers di luar sana. Saya harap agar akak sekalian belum lagi terbatuk dek kepul-kepul asap yang akak sedut selama hari ini, moga-moga masih ada ruang dan kesempatan untuk berhenti ber”vape”

"Surat ini saya nukilkan buat akak si gadis manis jelita yang terjerumus dalam kancah Vape. Mungkin pada akak semua Nampak macam hipster dan cool tapi hakikatnya kalau bakal mak mentua akak semua tengok mungkin beliau akan berfikir beratus kali sebelum menerima akak sebagai suri hati anaknya. Apatah lagi kalau bakal-bakal majikan akak terjumpa video kepul naga asap akak di laman sosial, mungkin mampu mengakibatkan akak kehilangan peluang untuk mendapat pekerjaan idaman akak.

"Badan yang kita guna ini, sebenarnya Allah pinjamkan sahaja buat kita. Setiap inci tubuh kita sebenarnya adalah hak Allah, bukan hak kita. Bayangkan akak, kalau tengah-tengah akak-akak syok vaping, tiba-tiba tercekik asap atau tiba tiba vape akak tu meletup terbakar, dan ditakdirkan meninggal dunia masa tu jugak, tubuh kitalah yang akan menjawab dihadapan Allah tentang segala perbuatan kita di dunia wahai akak-akak. Sanggupkah akak memberi jawapan “nak ikut trend” di hadapan Allah kelak? Hanya kerana sebuah trend, kita sanggup membelakangi perintah Allah. Adakah kita sedang mencuba untuk mencabar perintah Allah? Soalan ini saya tujukan juga kepada kabinet pak menteri.

"Jangan dah terhantuk baru terngadah akak ku sayang. Saya tak mahu bila akak dah atas katil hospital, bergantung harap pada gas oksigen baru akak nak sedar padah vape pada diri akak sendiri. Saya tak mahu bila akak sudah terlantar baru akak nak merangkak bertaubat mencari Allah.

"Akak. Saya tulis surat terbuka ini bukan dengan niat untuk mengaibkan akak, bukan juga untuk ‘condemn’ akak. Tetapi surat ini saya tulis dengan harapan agar akak bangkit dari tidur yang lena. Sedarlah akak, hidup ini tidak lama. Jika kita tenggelam bersama nafsu dan maksiat, mampukah kita menjadi pengganti membangunkan negara?

Artikel penuh di Amalina Annuar.
+

Post a Comment

+