PANAS!! IKA NABELLA DIPUKUL, KERANA GAGAL PENUHI PERMINTAAN PENGARAH

+
Panas seketika apabila pelakon Ika Nabella dilaporkan dipukul oleh pengarah yang sedang mengarahkan drama Dawai Asmara lakonannya. Drama berkenaan bakal disiarkan menerusi slot Azalea TV3.

Kejadian tersebut berlaku semalam di set penggambaran di Hulu Kelang. Dalam kejadian itu, Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi kerana tidak dapat melakonkan apa yang dimahukan oleh pengarah. Mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.
Usaha menghubungi Ika tidak berjaya. Namun dia hanya membalas ringkas menerusi aplikasi WhatsApp saat ditanya apakah benar dia dipukul pengarah itu seperti diceritakan sumber.
Ya, saya memang dipukulnya,” jawabnya ringkas yang enggan diulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Selain itu, Ika dikatakan merupakan mangsa ketiga dipukul pengarah tersebut dan dua mangsa sebelum ini mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Sementara itu, usaha menghubungi pengarah yang dimaksudkan tidak berjawab. Beberapa kali menghubunginya, akhirnya panggilan itu masuk ke dalam peti rakaman suara.
+

Post a Comment

+