"SAYA TAMPAR DIA SEBAB BIADAB DAN TAK HORMAT SAYA SEBAGAI SUAMI

+
BUKIT MERTAJAM - Seorang pegawai veterinar memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menampar isterinya beberapa kali di dalam lif hospital kerana wanita itu bersikap biadab terhadapnya, lapor The Star.
Affandi, 39, berasal dari Jerantut, Pahang, berkata, dia marah dan mahu mengajar isterinya kerana tidak menghormatinya sebagai suami.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, dia telah bertindak secara spontan apabila dia menampar wanita itu beberapa kali di atas kepala dan menendangnya sebanyak dua kali. 

"Tindakan itu adalah spontan. Saya sangat marah pada ketika itu kerana dia membelakangi saya. Saya tampar belakang kepalanya dan menendangnya. 

"Saya sebenarnya menyasarkan mulutnya kerana kami sebelum itu bertelagah mengenai hal-hal keluarga," katanya yang bersetuju dengan Razali yang dia memukul isterinya mengikut kehendaknya sendiri tanpa sebarang paksaan dari pihak lain. 

Majistret Mohd Fitri Sadardin menangguhkan perbicaraan sehingga 10 Mac ini untuk pendengaran yang seterusnya. 

Affandi telah diperintah oleh Mahkamah Majistret untuk membela diri di atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. 

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Bandar Perda pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013. Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika disabitkan bersalah, boleh dipenjarakan setahu atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. - PIXEL MEDIA
+

Post a Comment

+