KISAH PEMANDU BAS DARI MALAYSIA INI AKHIRNYA BERJAYA MENJADI PILOT AIRBUS

+
Kisah ini kami ambil dari perkongsian oleh Saiful Nang di laman Facebook miliknya tentang seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini merupakan seorang pemandu bas berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Kini, lelaki yang bernama Arul ini sedang menjalani latihan penerbangan bersama Qatar Airways di Singapura. 

“DARI BUS KE AIRBUS” 

Tahun lalu kami di Warga Prihatin merancang untuk membeli sebuah bas terpakai. Kami berjumpa Arul Kesevan (gambar) untuk membeli bas beliau. Walaupun akhirnya tidak jadi beli tetapi Arul sangat nice dan keluarganya sangat membantu. Beliau menguruskan syarikat bas milik keluarganya sebelum itu. Bukan mengurus sekadar jadi manager goyang kaki, beliau sendiri memandu bas persiaran. 

saifulnang 
Cita-cita untuk jadi juruterbang akhirnya jadi kenyataan. Apabila kita mahu pandang rendah kepada seseorang, jangan lupa roda itu bulat. Never scold a bus driver, they may be a pilot someday. Usaha beliau tekad dan akhirnya kini beliau telah beralih dari BUS ke AIRBUS A320. Beliau dalam training untuk Qatar Airways di Singapura. 

Tahniah Arul! 
U’re the MAN!! 

If u ever piloting MAS, please give me more kacang MAS. If u ever fly AirAsia, please buy me Pak Nasir Nasi Lemak. But if u fly Qatar…nasi arab also can lah” 

Kejayaan Arul ini patut dijadikan teladan dan dorongan buat kita semua dalam mengejar impian kerana tiada apa yang mustahil untuk diatasi. Tahniah Arul!
+

Post a Comment

+