Lelaki Ditemui Cedera Di Kepala Selepas Disamun Di Lebuh Raya

+
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera di kepala dipercayai akibat disamun di Kilometer 26.8, Lebuh Raya E22 Senai Desaru awal pagi Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, DSP Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa ditemui lebih kurang 7.15 pagi oleh pekerja Lebuh Raya E22 yang sedang membuat rondaan.

“Mangsa didapati terbaring di tepi jalan dalam keadaan cedera dan berlumuran darah di bahagian kepala,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA
+

Post a Comment

+