'Inilah Sihir Yang Dihantar Pada Saya'

+
Alhamdulillah. Setelah banyak tempat kami ikhtiar, akhirnya ayah jumpa juga ustaz yang mampu mengubati saya di Sarawak. Contoh sihir yang telah dikeluarkan. Gumpalan rambut yang diikat dengan benang bewarna jingga tetapi sudah dikerat oleh ustaz. 
Ia bukan dalam bentuk seperti ini bila dikeluarkan dari mulut saya. Tetapi, bila saya ludahkan air zam-zam yang sudah dibacakan dengan ayat Qur'an ke bekas daun keladi yang diletakkan dengan air garam, air itu membentuk rambut yang diikat.

Ada orang yang mahu hidup saya terikat menyebabkan apa sahaja yang saya lakukan seolah-olah tersekat. Kerjaya, perniagaan terencat-rencat. Peluang banyak tetapi tidak lekat. 

Jika suami/isteri anda yang penyayang tiba-tiba berubah menjadi baran, jika tiba-tiba anda terasa benci pada suami/isteri yang selama ini dicintai, berhati-hatilah. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Bertindaklah segera sebelum rumah tangga rosak binasa. 

Sejak dari zaman dulu lagi manusia telah menggunakan sihir untuk memisahkan suami isteri angkara hasad dengki dan rosaknya jiwa. (Baqarah 102). 

Hubungan dengan orang sekelilng juga bagai tidak boleh rapat. Ada sahaja yang akan membenci walaupun saudara dan kerabat. Ada juga yang pada awalnya sahabat akrab, kemudian khianat. Ada juga pihak ketiga yang menjadi penyibuk dalam keluarga, hasut adik beradik, ibu bapa agar bergaduh sesama mereka. Perkara kecil diperbesarkan sehingga berlakunya perselisihan faham yang berlarutan lamanya. Syaitan ketawa kerana silaturrahim putus di tengah jalan.

Tujuan saya berkongsikan kisah benar ini bukan bertujuan untuk menagih simpati. Tetapi sebab saya tidak mahu anda menjadi seperti saya sebelum ini. Bermati-matian saya saya tidak percaya benda khurafat seperti ini sebab sudah banyak tempat saya pergi, tetapi mereka tidak dapat kesan masalah yang dihadapi. 

Sama juga sebenarnya bila kita sakit, jumpa doktor sana sini kata tiada apa-apa. Tetapi bila berjumpa dengan doktor pakar, rupa-rupanya sudah kronik tahap sakitnya. 

Doakanlah kami agar Allah memberikan keinsafan kepada sesiapa yang melakukan perbuatan ini. Moga Allah memberikan hidayah dan kesempatan kepadanya untuk bertaubat. Bimbang syirik ini semakin melarat, merana di dunia hingga akhirat. 

Doakan juga Allah membantu kami memulakan hidup baru, bebaskan kami dari segala belenggu. Moga malaikat juga mendoakan kalian dengan doa yang sama, dilimpahi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan yang didambakan sentiasa. 

Wallahu 'Alam bissawab. 

Memandang saya menerima mesej jumlah mesej yang banyak bertanyakan nombor telefon ustaz berkenaan, ini infonya, Wak Henry 019-8836154. Beritahu dia, Shahrina anak Ustaz Sharkawi yang keluar rambut dulu itu yang berikan nombornya. - Shahrina Ahmad Sharkawi | PIXEL MEDIA
+

Post a Comment

+