PASANGAN SAMAN RM 10 JUTA,ANAK MAUT SEBAB HOSPITAL?

+
KOTA BHARU – Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu dan 10 defendan lain, akibat kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah, 4 tahun; dua tahun lalu.

Muhamad Sardi Saad dan isterinya, Fadilah Abd. Wahab memfailkan writ saman di mahkamah tinggi di sini pada jam 11 pagi Ahad melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.
Dalam kejadian pada 5 Disember 2013, mangsa, Ulya Insyirah dimasukkan ke Hospital Besut selepas mengalami muntah yang kerap sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah mengakibatkan keadaannya semakin parah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 8.05 pagi keesokan harinya.

Berdasarkan laporan perubatan, punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh pembengkakkan dalaman yang serius akibat kemasukan air atau lebihan ubat ketika menerima rawatan.

Pasangan guru tersebut turut mendakwa ditawarkan RM14,000 sebagai saguhati dan dengan syarat mereka tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah, namun tawaran itu ditolak oleh mereka.

Sebutan pertama kes, dijangka akan ditetapkan oleh pihak mahkamah dalam tempoh terdekat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
+

Post a Comment

+