ISU HAMIL: AKHIRNYA SITI NURHALIZA KANTOI?

+
Isu Hamil :Akhirnya Siti Nurhaliza Kantoi|Jika sebelum ini pernah tersebar kabar angin mengenai kehamilan tado siti nurhaliza di laman media sosial hanyalah sebagai spekulasi.
Baru baru ini utusan malaysia menulis dari sumber terekat

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.

Seluruh keluarga terdekat me­ngetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Dimana Siti Nurhaliza tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.

Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

“Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

“Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua.

“Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan,” kata sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut.
ALHAMDULILLAH...
+

Post a Comment

+