TAK PERNAH KOMEN APA-APA!! AC MIZAL MAHU SAMAN BLOG

+
BERIKUTAN kes penyanyi Bienda yang mahu juri program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2)iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya iaitu Sheeda, masih lagi tidak mendapat respon daripada kedua-duanya.
Bagaimanapun, baru-baru ini heboh di laman sosial apabila sebuah blog yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan sebuah artikel dan tajuk kononnya AC Mizal telah mengeluarkan kata-kata bernada bongkak berbunyi, “Bienda nak saman saya? Jap, ada nampak den goyang? takdo kan?”.

Berang dan kecewa dengan fitnah terhadapnya itu, AC Mizal baru-baru ini menerusi laman Facebook memberitahu tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan perundangan sekiranya pihak tidak bertanggungjawab itu tidak menarik balik artikel tersebut.

“Sila delete post ini sebelum saya ambil tindakan Perundangan!

“Ini adalah kerja blogger tentang artis dan bukan dari saya. Saya tidak pernah memberi sebarang komen dan tidak langsung melayan mana-mana pihak berkenaan isu yang tidak ada kena mengena dengan saya,” tegasnya.

Sebelum ini, M. Nasir mencetuskan sensasi apabila memberikan komen “Saya melihat tadi seorang putera berkuda masuk (stage) dan sedang cuba menyelamatkan… Snow White.. tapi yang dijumpa emak dia (Snow White)” kepada Sheeda selepas penyanyi itu selesai membawa lagu ‘Tiada Lagi’ bersama penyanyi Aweera.

Dialog itu sekali gus dikatakan seolah-olah memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Keadaan menjadi panas apabila komen itu mengundang ketawa orang ramai dan kemudian turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “Aku dah agak dah… aku dah agak dah…”
Susulan itu, Bienda iaitu anak kepada Sheeda menyifatkan komen berkenaan sebagai kurang ajar kerana telah menjatuhkan maruah ibu dan keluarganya. – MYNEWSHUB.CC
+

Post a Comment

+