Berita TV tidak habis-habis memaparkan kes serupa satu demi satu. Tidak terkecuali ada di antara pelakunya merupakan pelajar sekolah agama, pelajar IPTA, guru dan penjawat awam.
Di RPWP pula, sejak September lalu permohonan untuk menempatkan gadis hamil dan bayi tidak sah taraf tiba-tiba meningkat. Awalnya kami hanya menyangka ia hanya kebetulan, mungkin kesan pesta zina sambutan tahun baru dan valentine sahaja. Mungkin juga kerana ramai yang baru tahu keberadaan RPWP selepas membaca artikel kami yang berkaitan.
Beberapa minggu lepas, sukarelawan kami yang menghantar anak ke hospital bertembung dengan sekumpulan 8 pelajar sekolah yang hamil untuk membuat pemeriksaan. Berita yang sama juga pernah dilaporkan pada bulan Jun 2010 di mana 16 pelajar hamil dari sebuah sekolah di Terengganu.
Kami pernah artikelkan isu ini ditahun 2013 dengan memetik statistik kelahiran anak luar nikah. Ketika itu kami petik statistik tahun 2009 di mana purata 4 kelahiran luar nikah dilaporkan dalam sejam.
Tahun 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dedahkan terdapat purata 6 kelahiran bayi tidak sah taraf mengikut statistik 2008-2010. Ini bermakna terdapat peningkatan 2 kelahiran sejam berbanding rumusan statistik yang kami perolehi sebelumnya. Ia bertepatan dengan unjuran yang kami kongsikan di artikel itu (sekitar 7 bayi sejam pada tahun 2013).
POPULASI ANAK LUAR NIKAH - UNJURAN STATISTIK TERKINI
Pengurusan data negara kita agak lembab. Berdasarkan pengalaman lalu, statistik 2015 ini mungkin akan hanya kita perolehi antara 2-3 tahun lagi. Oleh itu, kita terpaksa berusaha sendiri untuk mencongaknya berdasarkan maklumat dan pemerhatian sendiri.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran bayi luar nikah sejak tahun 2000 hingga Julai 2008. Jika diambil kira jumlah terkumpul sejak sebelum tahun 2000, ini bermakna setakat tahun 2008, sudah ada lebih 300,000 (lebih dari 3 muatan penuh Stadium Bukit jalil) populasi anak luar nikah.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun (1999-2003), 44% (30,978 dari 70,430) daripadanya adalah anak orang Islam. Ia mengatasi jumlah dari bangsa dan agama lain di Malaysia.
Jika jumlah paling minima sehingga 2008, iaitu 300,000 orang diambil kira, dicampur pula dengan jumlah kelahiran dari 2008-2010 (berjumlah 152,182), bermakna sudah terhimpun seramai 452,182 orang pada 2010.
Jika dikira melalui purata yang sama 50727 setahun sekalipun (anggapkan tiada pertambahan bilangan), maka akan ada pertambahan 253,635 orang lagi dari 2010 hingga 2015. Ini bermakna populasi anak luar nikah yang terdaftar setakat 2015 ialah sekitar 705,817 orang.
Jumlah ini bersamaan dengan MUATAN PENUH 7 STADIUM BUKIT JALIL..!!!
Jumlah populasi sebanyak ini masih tidak mengambil kira unjuran statistik untuk kes kelahiran yang tidak didaftarkan, bayi yang dibuang, pengguguran haram dan sebagainya.
Pada statistik 2005 terdapat 2 kelahiran sejam, dan tahun 2010 ia mendadak naik kepada 6 kelahiran sejam. Pastinya 2015 ini ia lebih dari 7 orang sejam.
NOTA:
Berikut adalah pertambahan bilangan dari Statistik Anak Luar Nikah (2006-2010):
TAHUN 2006 (38,258), 2007 (44,234), 2008 (46,822), 2009 (52,378), 2010 (52,982)
JUMLAH SECARA KESELURUHAN = 234,674 (dari 2006 – 2010 SAHAJA)
Sumber: JPN
LANTAS BERAPA BANYAKKAH BERLAKUNYA ZINA DALAM SEMINIT?
Setiap kehamilan pasti melibatkan sekurang kurangnya 1 zina. Itu tidak termasuk zina yang berterusan di mana pasangan yang kemaruk seks melakukannya terus menerus ketika pasangan wanitanya hamil. Ia juga tidak mengambil kira mereka yang pakai kondom, menggunakan pelbagai kaedah cegah kehamilan, yang mengawal ejekulasi dan sebagainya.
Lantas berapa banyakkah perlakuan zina yang sebenarnya ???
Hukum statistik menunjukkan untuk satu penemuan kes sulit, ada sekitar 10 kes lagi bahkan mungkin lebih yang tidak dilapur atau ditemui. Itulah yang kami dapati hasil perkongsian dengan pihak PDRM, doktor, bidan dan pihak-pihak berkaitan kelahiran yang rapat dengan kami.
Semua laporan keluarga atau mangsa (gadis hamil / rogol) yang dirujuk kepada kami juga tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu. Ini semua membenarkan ‘law of statistic’ bahawa sebenarnya apa yang dilapor hanya gambaran sahaja. Jumlah sebanar jauh berganda dari itu.
Jika angka 7 kelahiran luar nikah sejam itu kita jadikan asas, bermakna telah berlaku minima 7 zina dalam sejam. Ambil kiraan mudah jika dari setiap kelahiran itu pasangan mengulangi 10 kali zina, samada ia berlaku sebelum hamil dengan menggunakan pelbagai kaedah cegah kehamilan atau meneruskan zina selepas hamil untuk memuaskan nafsu dengan rasa selamat tanpa perlu khuatir hamil lagi. Bermakna untuk golongan 7 kelahiran sejam itu sahaja sudah ada gandaan kekerapan 70 zina sejam, atau lebih dari 1 zina setiap minit.
Seorang pengasas kami menyewa sebuah kedai berhampiran sebuah IPTA. Di atasnya ada 3 tingkat apartment yang disewa pelajar IPTA. Setiap pagi banyak kondom yang dibuang dari tingkat atas. Itu semua petanda berleluasanya zina. Sebuah akhbar tempatan pernah mewawancara seorang gadis yang mengaku telah 'meniduri' 30 lelaki hasil perkenalan melalui FB. Seorang gadis yang kami sendiri jaga mengakui pernah meniduri 285 jantan.
Tidak tergamak untuk kita mengira berapa banyaknya perlakuan zina di zaman ini. Yang pasti setiap saat kita menyedut udara tuhan, satu zina sedang menemani nafas kita.
Nantikan perkongsian khusus pengalaman kami dalam mengurus dan menjaga anak tidak sah taraf ini dalam artikel khas bertajuk "DILEMA ANAK TIDAK SAH TARAF".
+
1 comments:
boleh saya tahu macam mana awak dapatkan sumber statistik daripada JPN ? melalui email atau call ? sebab saya tengah buat thesis untuk kes hamil luar nikah .. harap dapat membantu .. terima kasih :)
ReplyPost a Comment