Tanpa pemantauan dan kebebasan menjadi sesiapa saja di laman sosial, penyanyi Siti Nordiana atau pun lebih mesra dengan panggilan Nana dalam masa yang sama pernah mengalami usikan nakal daripada kalangan remaja di Instagram.
“Yang cuba nak mengorat ada jugak. Biasalah tu peminat. Ada juga budak umur 15 tahun komen pada gambar yang saya muat naik – “nilah bakal isteri aku”. Saya pun balas, “Iya adik”, jelasnya kepada portal Malaysian Digest.
Tambah Siti Nordiana, kini dia semakin matang dan tahu bagaimana melayan kerenah peminat berbanding sewaktu di awal pembabitannya sebagai anak seni. Malah penyanyi ini juga sangat mengutamakan peminatnya.
“Dulu, kalau saya rasa penat dan jika ada peminat yang mahu ambil gambar bersama, saya akan menolak. Tapi sekarang walau penat mana sekalipun, saya cuba melayan mereka dan tak mahu mengecewakan mereka,” katanya.
+
Post a Comment