PUNCA ANGGOTA POLIS PARAH DIKELAR TEMAN WANITA

+
SUNGAI PETANI: Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera dikelar menggunakan kerambit oleh teman wanitanya berusia 19 tahun selepas mereka dikatakan bertengkar di rumahnya di Bandar Seri Astana, dekat sini, awal pagi tadi.

Anggota berkenaan yang berusia 39 tahun dan bertugas di Unit Trafik di Pulau Pinang itu dilaporkan kritikal selepas dikelar oleh suspek di bahagian belakang kepala, bahu dan pinggang kira-kira jam 2.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan kejadian ini, mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk rawatan.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan punca kejadian masih disiasat," katanya dipetik laporan Berita Harian. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+