Baru-baru ini, pihak Siakap Keli ada menyiarkan satu luahan hati seorang pegawai bomba yang ingin berjumpa semula dengan kanak-kanak yang diselamatkan olehnya, Nur Hamidah Najib, ketika tragedi Highland Tower pada 1993.
Difahamkan, ketika kejadian kanak-kanak berkenaan berumur 18 bulan dan sudah pasti berdasarkan tarikh kejadian itu kanak-kanak ini sudah berumur 24 tahun.
Disebabkan viral luahan hati tersebut, rakyat-rakyat Malaysia yang prihatin membantu secara tidak langsung menjejak dimanakah kedudukan Nur Hamidah.
Menerusi inbox Siakap Keli, seorang likers, Mohd Haizal berkata dia percaya salah satu akaun Facebook yang bernama Nur Hamidah merupakan milik adik Nur Hamidah yang diselamatkan oleh pegawai bomba tersebut.
Sebaik mendapat info tersebut, kami terus sahaja menyelusuri timeline Nur Hamidah dan mendapati ada satu status dan komen yang menjadi petanda bahawa Hamidah ini adalah Hamidah yang diselamatkan oleh pegawai bomba tersebut.
Nur Hamidah memuat naik beberapa keping gambar dokumentari tragedi Highland Tower 1993 dan diletakkan pada tarikh 11 Disember 1993. Berdasarkan tarikh komen-komen pada gambar-gambar tersebut, ia dimuat naik oleh Hamidah pada 12 Ogos 2012.
Bersama status itu Hamidah meletakkan kapsyen "tragedi bersejarah".
Di ruangan komen pula, terdapat satu komen dari pengguna Facebook yang bertanyakan Hamidah tragedi apakah ini.
Hamidah menjawab : "em, tragedi ku waktu kecil dulu di malaysia.. hehe".
Melihat profil dan kata-kata dair Nur Hamidah, dia kini sedang berada di Indonesia sangat bertepatan dengan berita dari News Straights Times ketika itu yang mana Nur Hamidah merupakan anak kepada pembantu dari Indonesia, Umi Rosyidah. Selain itu menurut akhbar lama itu, ibunya berharap untuk pulang ke Indonesia.
Selain itu komen dari pengguna di laman Facebook Bomba juga mengatakan perkara yang sama.
Berikut adalah perbandingan gambar yang diambil di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan gambar di Facebook Hamidah.
Ternyata, gadis ini sebenarnya tidak dapat melupakan tragedi berkenaan, berdasarkan dua gambar berkenaan ternyata gambar kanak-kanak berkenaan hampir sama.
Berdasarkan info yang kami terima, Nur Hamidah merupakan anak kepada seorang pembantu rumah dan bekerja di Highland Tower ketika kejadian runtuhan pada tahun 1993.
Pihak kami telah menghubungi Nur Hamidah melalui Facebook namun sehingga kini masih belum mendapat apa-apa respon darinya.
Adakah ini Nur Hamidah yang dicari oleh pihak bomba sebelum ini? sama-sama kita nantikan jawapannya. - Siakapkeli.my
+
Post a Comment