PENGUIN KENANG BUDI, DATANG MELAWAT LELAKI YANG PERNAH SELAMATKANNYA SETIAP TAHUN (5 GAMBAR)

+
RIO DE JENEIRO, BRAZIL: Hanya kerana pernah menyelamatkannya, seekor penguin tanpa disangka telah kembali 'melawat' penyelamat setiap tahun.

Nelayan berkenaan, Joao Pereire de Saouza, 71, yang berasal dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil pada 2011 lalu telah terjumpa seekor penguin yang sedang sakit terdampar di atas sebuah batu.

Menurut beliau, ketika menjumpai pengguin berkenaan, badannya dipenuhi minyak dan kelaparan membuatkan dia mengambil keputusan untuk merawat pengguin sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.

Selepas haiwan itu pulih, Pereire de Saouza telah melepaskannya semula ke laut namun tanpa disangka selepas beberapa bulan haiwan berkenaan telah datang mencarinya semula.

"Dindim tinggal bersama saya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit."

"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.

"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.

Berdasarkan rekod, penguin berkenaan berenang lebih 5,000 kilometer ke tempat lain sebelum datang semula ke pantai di kawasan itu.

"Saya menyayangi penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,' katanya.

Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.

"Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya," ceritanya.

Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.

"Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya," katanya. - SUMBER
+

Post a Comment

+