Anda Pasti Tidak Sanggup Berenang Di Kolam Renang Terapung Ini

+
 
Pernah tak anda bayangkan berenang di atas ketinggian 33 meter dalam kolam renang yang lutsinar?

Tunggu sebentar, kolam renang lutsinar? Ini bermaksud kolam renang itu boleh dilihat di bahagian bawah dan tepinya kerana ia diperbuat daripada material kaca yang lutsinar.

Tambah menariknya, ia ditempatkan di lokasi yang sangat unik, di tengah-tengah dua bangunan! Persis sebuah jambatan yang ditakungi air, anda bakal berenang dalam keadaan di awang-awangan.

itulah dia Sky Pool yang terletak di London ini. Keluasan 25 meter dan kedalaman 3 meter menjadikan ia sebagai kolam renang yang sangat luar biasa.

Usah gusar, kerana ia dibina daripada kaca dengan ketebalan 20 cm! 

Sememangnya Sky Pool ini boleh membuatkan anda berasa agak takut pada mulanya, namun selepas berenang di dalamnya, pasti anda berasa teruja dan tak mahu berhenti berenang! Berani mencuba tak?

+

Post a Comment

+