Kuala Lumpur- Seorang ibu bersama bayi lelakinya berusia Sekitar enam bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Ampang, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, Norzaimah Azizi, 29, seorang pegawai bank di Ampang dan bayinya, Eshan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kemalangan itu berlaku apabila motosikal ditunggang suami mangsa Mohamad Azmeer Alfaiedz Abd Aziz, 32, dipercayai cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya ketika menuruni bukit dari arah Jalan Bukit Permai.
“Ketika cuba mengelak, motosikal ditunggang Mohamad Azmeer terbabas menyebabkan isteri serta bayinya tercampak ke bawah lereng bukit.
“Mohamad Azmeer hanya cedera ringan manakala mayat isteri dan bayinya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.
Mana kala jenazah kedua-dua beranak berkenaan selamat dikebumikan pada malam tadi dan khabarnya tak jauh dari kediaman mereka.
Suami yg juga ayah kepada kedua2 mangsa dibawa dari hospital untuk memberi penghormatan terakhir kepada isteri dan bayinya yang berusia enam bulan.
Gambar Sekitar Pemakaman Ibu Dan Bayi 6 Bulan Maut Kemalangan
Post a Comment