SICHUAN – Seorang warga emas di China terpaksa minum air kencing sendiri dan makan akar pokok untuk terus hidup selepas terperangkap di dalam telaga selama sembilan hari.
Wang Huanzhen, 63; terjatuh ke dalam sebuah telaga kering ketika cuba mencari kayu api di sebuah hutan terpencil di Sichuan bersama-sama dengan suaminya.
Perkara itu bagaimanapun langsung tidak disedari oleh suaminya yang kemudian pulang ke rumah berseorangan.
Namun, selepas isterinya itu gagal pulang ke rumah, pasangannya itu mula membuat laporan polis.
Seluruh keluarga terpaksa menghabiskan cuti Tahun Baharu Cina untuk mencari wanita itu termasuklah di bandar-bandar berdekatan, namun gagal.
Warga emas itu berjaya diselematkan pada 10 Februari lalu selepas seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu mendengar tangisan wanita berkenaan.
Huanzhen dikejarkan ke sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan serta didapati mengalami kecederaan di tulang rusuk dan patah kaki kanan.
Sementara itu, menurut Huanzhen, dia terpaksa minum air kencing sendiri bagi mengelakkan hidrasi, iaitu tips yang dipelajarinya selepas gempa bumi yang melanda Wenchuan pada tahun 2008.
“Saya rasa, pemikiran positif menjadikan saya dapat terus hidup malah saya tidak peduli jika ada mentertawakan tindakan saya minum air kencing sendiri untuk menyelamatkan diri,” katanya. – People Daily
+
Post a Comment