ROMPAK KEDAI EMAS GUNA FOKLIFT TETAPI...

+
SEBAHAGIAN foklif berkenaan di luar kedai terbabit.

SHANGHAI – Seorang penyamun menggunakan taktik pelik untuk merompak kedai emas di Pingxiang, wilayah Jiangxi apabila dia merempuh premis itu menggunakan foklif sebelum mengaut barang kemas di dalamnya.

Perbuatannya yang mengejutkan itu nyata berjaya hanya seketika apabila pihak polis tempatan yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas dihubungi orang ramai kemudian sempat menangkap suspek.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Shi Wuwei berkata, kejadian rompakan paling ganas itu berlaku sekitar jam 3 pagi waktu China (sama waktu dengan Malaysia).

Foklif tersebut dibiarkan terbenam pada bahagian depan kedai berkenaan dengan separuh daripada bahagian kenderaan itu berada di dalam dan sebahagian lagi di luar premis.

Polis segera menutup kawasan itu selain menempatkan anggota untuk memastikan tiada kejadian berulang. Jumlah kerugian namun tidak dinyatakan. – Agensi/myMetro Online
+

Post a Comment

+