REMAJA LELAKI PANCUNG IS KERANA DENGAR LAGU POP

+
MOSUL,IRAQ: Seorang ramaja lelaki telah dipacung kepalanya oleh pihak militan IS selepas dia ditangkap kerana mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.

Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, telah ditahan oleh kumpulan militan berkenaan ketika mendengar muzik berkenaan di kedai runcit milik bapanya di Mosul, Iraq.

Beliau telah dihadapkan ke mahkamah Silamist dan kemudiannya dijatuhkan hukuman pancung dihadapan orang ramai. Mayatnya telahpun diserahkan kepada keluarganya Selasa lalu.

Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.

IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya. -Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+