Pada 22 Februari 2016 jam 5 petang, saya bersama bapa mertua saya telah membawa suami saya ke klinik ini kerana suami saya mengalami gastrik. Apabila sampai di sana, suami saya telah dirawat oleh doktor yang juga pemilik klinik berkenaan.
Dia telah memberi injection muntah dan beberapa jenis ubat untuk penyakit suami saya. Doktor itu memberitahu jumlah kos rawatan dan ubat adalah sebanyak RM300 dan tiada sebarang resit yang diberikan. Dia juga memberitahu sekiranya suami saya tidak baik selepas satu jam, dia meminta saya membawa suami sekali ke kliniknya.
Lebih kurang jam 6.30 petang, saya mendapati suami saya masih sakit dan saya membawanya ke klinik yang sama. Doktor sekali lagi merawat suami saya dan kali ini dia telah memberi dua botol air kepada suami saya.
Sebelum itu, doktor memberitahu bahawa dia telah memasukkan dua jenis ubat ke dalam air itu iaitu ubat tahan sakit dan juga ubat tahan muntah.
Selepas satu jam, rawatan selesai, suami saya dibenarkan pulang. Doktor juga memberi suami saya ubat gastrik dan ubat batuk.
Ketika saya mahu keluar, saya terdengar dokTor itu telah menghubungi bapa mertua untuk datang mengambil kami kerana saya tidak mampu membawa suami saya seorang diri. Apabila bapa mertua sampai, kami membawa suami masuk ke dalam kereta dan terus balik ke rumah.
Jam 8.15 malam, bapa mertua saya telah memberi sekeping resit No 47655 dari klinik tersebut di atas nama suami saya dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM900. Bayaran itu telah dibayar oleh bapa mertua. Doktor juga memaklumkan kepada bapa mertua saya bahawa dia telah memaklumkan kepada saya mengenai kos berkenaan serta ubat yang diberikan kepada suami saya adalah mahal.
Disebabkan itu, saya dimarahi oleh bapa mertua. Saya menjelaskan kepadanya yang doktor terbabit tidak menjelaskan apa-apa kepada saya semasa rawatan kali kedua dijalankan di kliniknya kerana rawatan pertama saya telah membayar RM300.
Saya tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan ke atas suami, saya terus pergi ke klinik tersebut untuk mendapatkan penjelasan dan pecahan kos rawatan dari doktor berkenaan. Namun, apabila saya sampai, klinik itu telah ditutup. Caj yang dikenakan adalah tidak setimpal dengan rawatan ke atas suami saya. Saya akan ambil tindakan sewajarnya ke atas klinik ini dan laporkan pada Kementerian Kesihatan Malaysia. - Pengadu | PIXEL MEDIA
+
Post a Comment