KISAH SAYU KELUARGA INI TINGGAL DALAM BELUKAR BERSAMA ANAK DAN BAYI 3 BULAN (6 GAMBAR)

+
SEJAK negara mencapai kemerdekaan pada 1957, banyak usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi menaiktaraf tahap kehidupan masyarakat. 

Pelbagai projek mega dijalankan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dan bergerak seiring dengan negara-negara maju di dunia. 

Namun, mungkin ada perkara yang terlepas pandang di akar umbi hinggakan masalah kemiskinan melampau (extreme poverty) masih berlaku. 

Contohnya kisah sebuah keluarga miskin melampau di Pahang, yang kini tersebar di media sosial. 

Keluarga berkenaan tinggal di sebuah kawasan belukar dan hanya menggunakan bahan-bahan buangan yang kemudiannya dibina untuk dijadikan tempat berteduh. 

Masalah bermula apabila ketua keluarga berkenaan menghidap sawan teruk hingga diberhentikan kerja, membuatkan si isteri terpaksa memikul tanggung jawab mencari rezeki. 

Apa yang membuatkan ramai netizen sedih dengan nasib menimpa keluarga ini adalah keadaan tidak selesa terpaksa juga dilalui seorang bayi yang masih kecil, berusia sekitar 3 bulan. 

Bayangkanlah sendiri situasi yang ditempuh oleh bayi dan keluarga ini, dengan keadaan persekitaran yang tidak selamat seperti gambar di kongsikan di bawah. 




Kepada anda yang ingin mendapat info lebih lanjut mengenai keluarga ini dan menghulurkan bantuan, bolehlah hubungi talian 019-3868225. 

Adalah sedih apabila mendapati, sungguhpun negara telah mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun masih terdapat golongan miskin tegar yang terpaksa tinggal di dalam belukar. –
+

Post a Comment

+