KEKASIH MAUT S*KS GUNA TIMUN KETIKA ISTERI TIADA DIRUMAH

+
BERLIN – Seorang lelaki Jerman berdepan hukuman penjara lima tahun selepas didapati menyebabkan kekasih gelapnya maut sesak nafas akibat mulut wanita itu ditusuk timun yang digunakan mereka untuk berasmara.

Lelaki berusia 46 tahun dan bapa kepada seorang anak perempuan itu asalnya menjemput perempuan simpanan tersebut ke rumahnya di Mannheim dekat Frankfurt ketika isteri dan anaknya pergi keluar atas urusan di bandar.

Pasangan itu kemudian mabuk selepas habis meneguk empat botol wain sebelum mereka masuk ke bilik tidur lelaki berkenaan untuk melakukan persetu-buhan dengan menjadikan batang timun sebagai alat permainan se-ks.

“Kami sering guna pelbagai jenis dildo (batang zakar palsu) demi memuaskan nafsu selain lobak panjang bagi rangsang seks dan hari itu, saya ambil timun dari dapur kerana dia lupa bawa dildo,” kata tertuduh di mahkamah.

Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya memberitahu, timun itu dijadikan seumpama alat bantuan asmara sebelum dimasukkan ke dalam mulut mangsa bagi memulakan aksi seks oral sebagaimana lazim mereka lakukan.

Babak tersebut namun terganggu seketika apabila lelaki itu menyedari ada bau asap dari dapur rumahnya kerana dia terlupa memadam api yang sedang memasak sekeping daging burger untuk dimakan anjing peliharaannya.

“Dapur nyaris hangus terbakar dan saya berlari menutup api dapur sebelum memberi daging itu untuk anjing saya makan dan saya pula sempat hisap rokok di balkoni,” kata tertuduh kepada hakim sebuah mahkamah tempatan.

Selepas habis merokok, lelaki tersebut balik ke biliknya dan mendapati kekasihnya pengsan terbaring di atas lantai dengan timun masih melekat di mulut wanita simpanannya itu dipercayai akibat tekak tersekat udara pernafasan.

“Saya berjaya tarik keluar batang timun itu, namun tubuh badan teman wanita saya itu didapati sudah lembek dan tidak bermaya ekoran kekurangan oksigen selama beberapa minit sebelum jatuh koma,” katanya lagi penuh emosi.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran tetapi pihak mahkamah diberitahu bahawa nyawa wanita itu, yang dirahsiakan identitinya; gagal diselamatkan oleh doktor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
+

Post a Comment

+