Kisah I
Seorang lelaki Cina yang kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran si Melayu? Sayang kucing atau kucing makan banyak?
Lelaki Cina itu menjawab, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit, mesti tak mahu. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia," katanya.
Kisah II
Seorang lelaki Melayu pergi membeli barang di sebuah kedai Cina yang buruk, hanya untuk melihat anak gadis tuan kedai yang cantik itu. Satu hari, gadis itu tiada. Setelah ditanya, rupa-rupanya sudah pergi sambung pengajian di England.
Ada apa di fikiran lelaki itu? Kedai buruk, tapi duit banyak? Bergadai tanah atau pinjam dari orang?
Jawapan tuan kedai, "Saya dari keluarga Lim. Bila anak saya mahu pergi belajar, semua Lim yang kaya akan membantu Lim yang miskin. Tidak perlu bayar balik. Bila Lim miskin sudah kaya, Lim kaya yang baru itu akan membantu Lim miskin yang lain pula," katanya.
Kisah III
Pihak AJK Masjid mahu mengubahsuai masjid mereka. Bajet hanya RM20,000 sahaja. Maka mereka pun mencari kontraktor Melayu.
"Bajet RM20,000 sahaja? Ciputnya, mana cukup," kata kontraktor Melayu.
Pihak AJK Masjid mencuba pula dengan kontraktor Cina. Alangkah terkejutnya AJK Masjid bilamana kontraktor Cina itu memberitahu bahawa kosnya hanya RM12,000 sahaja.
"Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang. Tak bolehlah ambil upah mahal-mahal, nanti Tuhan marah," katanya.
MasyaAllah, tidak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan yang buka kedai, tidak malukah meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengambil untung lebih? Malangnya, ketiga-tiga kisah di atas adalah kisah benar. - Facebook | PIXEL MEDIA
+
Post a Comment