GAMBAR REMAJA INI DILABEL SEAKAN FAZURA

+
Pemilik laman Instagram “@_syzna”, gadis remaja berusia 18 tahun menjadi viral menerusi laman sosial apabila dikatakan mempunyai raut wajah seiras pelakon cantik dan terkenal iaitu Fazura.

Keadaan itu mungkin menyerupai pepatah lama yang menyatakan, pelanduk dua serupa, dan konon di dunia ini dikatakan ada tujuh orang yang akan mempunyai rupa paras seakan-akan kita.

Dek kerana rupa paras yang kelihatan mirip seperti Fazura membuatkan gadis comel ini mula mendapat perhatian di media sosial, menyebabkan beliau menerima lebih dari 34 ribu “followers” melalui laman Instagram miliknya.

Lebih mengujakan lagi apabila Fazura sendiri meninggalkan komen di Instagram gadis ini dengan mengatakan “wow she is wayyyy prettier than me!” (Wow dia lebih cantik daripada saya sendiri).
Mungkin disebabkan terlalu banyak menerima “notification” daripada peminatnya, Fazura secara peribadi meninggalkan komen menerusi salah satu foto milik beliau.

Rata-rata ada netizen beranggapan bahawa gadis ini mungkin merupakan adik kandung atau barang kali sanak saudara Fazura, tetapi kesemuanya itu tidak benar sama sekali.

Gadis ini sebenarnya cuma bertuah dan beruntung kerana secara kebetulan dia memiliki wajah yang sama seperti Fazura. – MYNEWSHUB.CC
+

Post a Comment

+