BURUNG GEMBALA KERBAU INI BAKAL DI USIR KELUAR DARI SINGAPURA KERANA!!!!

+
SINGAPURA: Gara-gara terlalu bising pada setiap hari sehingga dikatakan mengganggu kualiti hidup rakyat, burung gembala kerbau akan dikawal populasinya di negara berkenaan.

Memetik laporan Channel News Asia penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan melakukan semburan kabut di beberapa pokok di Yishun dan Clementi untuk mengawal pembiakan burung tiong.

Semburan kabut itu akan dilakukan dalam tempoh setahun di mana ia telah pun dimulakan di sekitar kawasan Yishun sejak 25 Februari yang lalu.

Tindakan berkenaan diambil oleh pihak berkuasa selepas penduduk sekitar Yishun membuat aduna yang mendakwa burung-burung berkenaan mengeluarkan bunyi bising yang menggangu tugas-tugas harian mereka.

Sebelum ini, pihak AVA dan Majlis Bandaran Nee Soon telah pun mencantas pokok-pokok yang dijadikan tempat tidur burung gembala kerbau berkenaan serta mengehadkan sumber makanan unggas tersebut tetapi tidak berhasil kerana burung ini ternyata bijak mengawal keadaan, malah burung ini tidak terjejas dengan perlakuan itu.

Menurut Ahli Parlimen Nee Soon GRC, Louis Ng berkata, langkah ini bukanlah satu penyelesian jangka panjang.

"Apa yang perlu kita lakukan adalah menguatkuasakan undang-undang supaya penduduk tidak memberi burung ini makan.

"Kerana peningkatan populasi burung-burung ini adalah kerana penduduk yang memberi ia makan," katanya.

Berdasarkan laporan portal berita Singapura itu juga, bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kabut berkenaan diharap dapat mengusir burung-burung berkenaan dan mengekangnya daripada pulang ke tempat itu kembali dalam tempoh yang lama.

Jurucakap AVA bagaimanapun memberi jaminan bahawa kesan semburan kabut tersebut sebenarnya tidak akan membahayakan nyawa burung itu sendiri yang banyak terdapat di rantau Asia tenggara, India dan China. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+