ANZALNA SAH JADI ISTERI ORANG

+
PELAKON Anzalna Nasir, 28, sah bergelar isteri kepada Mohd Hanif Mohamad Zaki, 29 , dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan yang berlangsung sebentar tadi di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel itu dijalankan oleh bapa Anzalna, Prof Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim.

Laporan Sinar Online melaporkan mas kahwin sebanyak RM1,000 diberikan kepada pihak perempuan berserta tujuh dulang hantaran manakala pihak lelaki pula dibalas dengan sembilan dulang.

Anzalna dan Hanif berkahwin selepas lebih 10 tahun berkenalan. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+