KAGUM:KISAH PRAMUGARA MAS DAN PENUMPANG YANG PERLU UNTUK MEMRAH SUSU

+
Bagi ibu-ibu, keperluan untuk memerah susu akan menjadi satu masalah apabila mereka berada di luar rumah atau berada dalam satu perjalanan yang jauh.

Apatah lagi jika perlu melalui perjalanan yang memakan masa berjam-jam dan juga berada di tempat yang public seperti kapal terbang.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook tentang pengalamannya dalam situasi ini di dalam sebuah pesawat MAS membuatkan para ibu di group The Breastfeeding Advocates Network terharu.

Menurut pengguna Facebook itu, kisahnya bermula apabila dia perlu memerah susu diatas pesawat pada jam 9 malam.

Lebih malang lagi, kesemua krew pesawat itu adalah lelaki.

Namun perkara yang tidak disangka-sangka berlaku apabila tiba-tiba ada 'proses misteri' yang membolehkan wanita tersebut memerah secara tertutup.

Perkongsian dari pengguna Facebook tersebut telah dikongsi lebih dari 1,000 pengguna lain dan mendapat lebih dari 12,000 likes selain mendapat komen-komen positif dari pengguna Facebook yang lain.

Ikuti kisah penuh yang diceritakan oleh wanita itu.

"Hi semua, saya seorang 'silent reader' dalam group ini. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan memberi pujian kepada MH(MAS).

"Saya dalam satu penerbangan balik ke KL. Kali terakhir saya memerah adalah pada 1 petang dan saya perlu memerah di atas pesawat pada 9 malam....

"Pesawat itu penuh dan apa yang mengejutkan saya, kesemua krew pesawat dari pilot hingga krew kabin adalah semua LELAKI.

"Hmmmm, macam mana pun saya masih perlu memerah.

"Jadi saya bercakap kepada salah seorang kakitangan yang saya perlukan tempat tertutup untuk memerah susu.

"Dia memberi tahu saya pesawat itu penuh dan satu-satunya tempat yang tertutup adalah tandas (sudah tentu saya tak akan memerah di tandas).

"Jadi saya balik ke tempat saya dan duduk. Pesawat sudah hendak berlepas, tetapi pelik kerana tiada siapa yang duduk di sebelah saya.

"Saya masih ingat dan pasti ada penumpang lain yang duduk di sebelah tingkap dan lorong laluan dan saya duduk di tengah-tengah.

"Rupa-rupanya, ada seseorang secara senyap telah mengatur tempat duduk lain untuk kedua-dua penumpang itu supaya saya boleh dapat sebaris kerusi itu untuk memerah.

"Saya merasa sangat bersyukur dan terharu.

"Saya boleh memerah dengan tertutup di kerusi saya.

"Kadang-kadang seorang lelaki boleh menjadi lebih memahami dari seorang wanita.

"Terima kasih kepada Kamal dan pasukan :)

"MH, anda ada insan-insan yang baik bersama anda. Tolong teruskan.

"MH, kini anda adalah syarikat penerbangan pilihan saya selepas dari itu, kini dan masa hadapan.

Tahniah kepada MAS. Anda mendapat seorang pelanggan setia hasil dari tindakan bijak krew-krew anda. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+