'HENTIKAN SEGALA KENAIKAN, RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN!'

+
KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin memberikan amaran keras kepada kerajaan agar menghentikan sebarang keputusan yang membebankan ekonomi rakyat, lapor mStar Online. 

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO berikutan rakyat semakin tertekan dengan tekanan ekonomi termasuklah kenaikan tambang pengangkutan awam ERL, LRT, Komuter dan Monorel.

"Umum tahu 2015 merupakan tahu yang mengejutkan rakyat dengan pelbagai kenaikan. Satu demi satu harga dan tambang meningkat. Beban tanggungan rakyat turut meningkat. Walaupun kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya rakyat sudah tidak boleh menerima lagi dan sudah sampai ke 'breaking point'. Jadi cukup-cukuplah.

"Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurahkan lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marak membara. Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough!" katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2015 di PWTC.

"Dua tahun akan datang ini, oleh kerana kita sudah membuat segala penjimatan melalui GST, pemotongan subsidi, kenaikan tarif, tambang, tol dan sebagainya, Pemuda hanya mahu mendengar berita yang baik-baik dan menyenangkan rakyat sahaja.

"Inilah masanya kita guna segala penjimatan yang dikatakan kita perolehi daripada segala langkah pedih ini untuk menggembirakan rakyat. Tunjukkan bahawa langkah penjimatan selama ini boleh membawa kebaikan kepada mereka," katanya. 

Dalam ucapan itu, Khairy juga berharap kerajaan dapat menyediakan diskaun khas untuk golongan belia yang menggunakan pengangkutan awam seperti yang digunakan oleh negara luar. 

"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang selepas naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga. Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat? Nak suruh mereka jalan kaki?

"Contohnya, kesan kenaikan tambang Komuter benar-benar membebankan. Buatlah diskaun untuk belia. Jangan naikkan harga semata-mata tanpa memikirkan langsung langkah-langkah untuk meringankan beban tambahan ini," katanya.

Bagaimanapun di media sosial, netizen mendakwa kenyataan Khairy itu hanyalah untuk meraih sokongan dan bukan benar-benar mahu membantu rakyat.

"KJ ini memang spesis lelaki tidak guna. Kerjanya hanya untuk menjadi kaki pengampu dan lalang. Mana barua itu pernah bersuara isu-isu rakyat beban kos GST, 1MDB bagai. Sebab memang pengampu t*ik Najib. Tetapi bila KJ pakai kasut Timberland naik skateboard sikit terus macai cop 'KJ menteri paling sporting, tall dark handsome," kata Haris Razak.

"Please KJ, jangan harapkan tall dark handsome saja. Kami mahu tindakan, bukan kata-kata. Muak dah dengan janji kerajaan ini. Dah tak tahu erti dosa dan pahala," kata Nur Shafizaini Zainal Abidin.

"Dia yang sokong segala kenaikan, sekarang dia pung pang pung pang kononnya nak jadi pembela rakyat? Dasar ular kepala 10 kau ni KJ," kata Shida Sham. - THEHYPEMEDIA.COM
+

Post a Comment

+