'DULU DIA BUDAK KAMPUNG SAJA, SEKARANG UNCLE INI MILIKI ASET BERJUTA-JUTA'

+
Nak kenal uncle sebelah kanan itu? Yang sebelah kiri mungkin anda tidak berminat kan? Lelaki Bangladesh saja pun. Tetapi jangan silap, dia bukan lelaki Bangladesh sebarangan.

Jap, cerita tentang uncle ini dulu.

Uncle ini pemilik deretan kedai di kawasan Kenanga Wholesale. Tempat yang paling happening untuk belian borong di Kuala Lumpur. Kedai empat tingkat, deretan itu ada lebih 10 unit milik dia. Kalau satu kedai bernilai RM5 juta, dikali dengan 10 buah kedai sudah berapa? Itu hanya di situ sahaja.

Uncle ini dulu hanya budak kampung saja. Merantau ke ibu kota bekerja jual baju di pasar malam. Berkat kerajinan dia, lama kelamaan tauke bagi dia ambil baju secara berhutang untuk dijual sendiri. Bila sudah mula berniaga, dia amalkan prinsip 'hutang orang mesti dibayar dulu' bagi mendapat kepercayaan dari orang lain. Kemudian dia berjaya mengembangkan bisnes dan mampu menyewa kedai kecil untuk dijadikan sebagai tapak tetap.

Ceritanya lagi, dia mengamalkan prinsip berjimat cermat. Ada duit, dia simpan. Kalau belum kaya, jangan sesekali mengaku kaya dan jangan sibuk nak tunjuk pada orang lain yang diri kita sudah kaya. Semasa berniaga, rekodnya cukup bersih di mana semua hutang dibayar tepat pada masanya berdasarkan janji yang dibuat. Oleh kerana amalan niaganya yang baik, semua pembekalkan memberinya berniaga secara berhutang atas dasar kepercayaan yang tinggi padanya.

Dengan hasil simpanannya, dia berjaya membeli tanah di kawasan Pudu dan kawasan Jalan Kenanga.

"Dulu dulu, harga murah, orang tak nak beli tanah kawasan tu, Tempat gangster bermaharajalela," katanya.

Apabila dia mempunyai modal lagi, dia menggunakan 30% dan 70% buat pinjaman bank untuk membina bangunan. Di fikirannya, dia bukan buat pinjaman tetapi bekerjasama dengan pihak bank. Kalau dia boleh bayar balik, bangunan itu akan menjadi hak milik dia sepenuhnya. Paling penting, pembayaran pada bank haruslah cantik dan jangan sesekali jejaskan kepercayaan yang diberikan oleh pihak bank.

Seronok dapat berbual dengan uncle ini. Beruntung saya dapat berbual dengan orang lama yang banyak pengalaman ini. Bukan senang nak mencari pemilik bangunan komersial di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini. Umur dia pun sudah 80 tahun.

Uncle pesan, kalau nak berniaga, berniagalah awal-awal. Macam dia dulu, sekolah pun tak habis terus kerja dengan orang. Kemudian berniaga dengan kuantiti pakaian yang sikit. 

Katanya lagi, dah tua-tua seperti ini sudah tiada lagi impian nak kaya raya pun dan tiada apa lagi yang hendak dibanggakan. Semua kekayaannya akan diturunkan kepada anak-anak. Anak-anak dia sendiri, masing-masing ada bisnes sendiri.

Siapa pula lelaki Bangladesh itu?

Dia adalah pemilik kedai tekstil salah seorang penyewa kedai uncle itu. Sewa di bawah saja sudah RM7,000. Hebat Bangla sekarang kan? Yelah, orang Melayu tak suka berniaga. 

Kata lelaki Bangladesh ini di depan saya dan uncle ini, pergi Chow Kit penuh dengan peniaga Indonesia. Pergi kawasan Kota Raya pula ramai peniaga Nepal yang makan sireh. Pergi ke Bukit Bintang, semakin banyak restoran Arab, nasi Arab kepunyaan bangsa Arab. 

Panjang lebar lelaki Bangladesh ini membebel. Panas juga telinga saya dibuatnya. Pedih pun ada. Apa-apa pun, pesan terakhir uncle Cina ini;

"Tak kisahlah apa bangsa kamu sekali pun, kalau kamu rajin, kamu akan dapat ganjarannya," katanya.

Memang benar kata uncle ini, even kata-kata lelaki Bangladesh itu pun. Walaupun pahit dan pedas, ia memberi saya semangat dan motivasi. Dalam hati saya, kalaulah saya tak buat saham amanah saya lagi dan masih bekerja, hari ini juga saya masuk pejabat dan hantar surat letak jawatan. Bisnes kain pun tak apa, janji kaya. - Shaari
SUMBER: THEHYPEMEDIA.COM.
+

Post a Comment

+