MENGAKU TIDAK BERSALAH, TUKANG MASAK KELAR LEHER PELAJAR WANITA UITM

+
Tukang masak suspek yang menyembelih Pelajar UITM Nor Syuhada johari 20, hari ini di bawa kehadapan mahkamah tinggi sebentar tadi.

Syarafi 25.Membuat pengakuan di hadapan pesuruh jaya kehakiman mohamed Zaini Mazlan bahwa dia tidak bersalah,dia dituduh melakukan pembunuhan yang berlaku di kilometer 228.2 lebuh raya utara selatan sekitar jam 11.55 pagi.

Mengimbas kembali punca kejadian bukit gantang itu di percayai masalah hubungan cinta.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi.

Tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika di sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 mac dan 17,18 depan sebagai tarikh perbicaraan kes.
Pendakwaan dilakukan oleh timbalan pendakwa raya Yusaini amer abdul dan mohd amri johari,manakala syarafi di wakili peguam Datuk Naran Singh.
+

Post a Comment

+