SEBAB PEMAIN ALL BLACKS BERAGAMA ISLAM SONNY SERAHKAN PINGAT EMAS KEPADA PEMINAT

+
Seorang remaja penyokong ragbi pasukan New Zealand, Charlie Lines kini dengan bangga menjadi pemegang pingat Piala Ragbi Dunia berikutan sikap murah hati lagenda ragbi, Sonny Bill Williams.

Williams yang merupakan hero pasukan ragbi New Zealand, ‘All Blacks’ kini menarik perhatian sekali lagi dengan perbuatan yang menyentuh hati.

Memetik laporon The Guardian, Williams menyerahkan pingat emas yang diperolehinya kepada seorang budak yang juga merupakan peminatnya yang ditolak jatuh oleh seorang pengawal keselamatan di hadapan beliau.

Difahamkan, Williams bertindak selepas melihat seorang pengawal keselamatan menolak jatuh Charlie, yang berlari masuk padang untuk menghampiri Williams.

Kejadian ini berlaku selepas pasukan All Blacks diberi pingat emas susulan kejayaan perlawanan akhir Piala Ragbi Dunia.

Williams kemudian meminta pegawai keselamatan untuk melepaskan Charles, dan memeluk remaja berusia 14 tahun itu sebelum mengalungkan pingat emas beliau.
“Kami sepasukan sedang melakukan satu pusingan penghormatan di stadium, dan tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki berlari keluar untuk menghampiri saya, tetapi dia ditolak jatuh oleh seorang pengawal keselamatan. Saya kasihan lihat budak itu.

“Saya kemudian membawa dia kembali kepada keluarganya dan cuba menjadikan malam kemenangan itu lebih bermakna. Ia lebih baik untuk pingat emas itu tergantung di lehernya daripada di leher saya, kata Williams seperti dipetik dari portal The Guardian.
“Apabila dia besar kelak, dia akan berkongsi insiden ini kepada anak-anaknya. Itu lebih istimewa untuk saya daripada pingat itu tergantung di dinding rumah saya.”

Susulan kejadian, rakaman video kejadian itu mula viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Kebanyakan netizen memuji sikap yang mencerminkan murah hati serta keikhlasan Williams yang telah berusaha-keras untuk mencapai kedudukan serta nama yang dimilikinya sekarang.

Pasukan ragbi New Zealand ‘All Blacks’ menewaskan pasukan Australia ‘Wallaby’, 34-17 pada pusingan akhir perlawanan Piala Ragbi Dunia, semalam memetik Astro Awani.KREDIT
+

Post a Comment

+