CIKGU P#RK0SA BUDAK LEPASAN UPSR

+
Kegembiraan seorang murid perempuan tahun enam yang baru sahaja tamat menjalani Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bertukar tragedi hitam selepas dia mendakwa dir0-g0l individu yang merupakan guru serta warden asrama sekolahnya.
Kejadian itu berlaku di Konowit, Sabah membabitkan guru berusia 39 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Konowit, DSP Ismail Mahmood bahawa pihaknya telah menahan suspek selepas menerima laporan polis dari nenek pelajar perempuan tersebut, baru-baru ini memetik Malaysian Digest.

“Suspek kini sedang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nenek mangsa yang berusia 63 tahun berang selepas mendengar cerita orang yang mengatakan bahawa cucunya itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan individu yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan pelajar di asrama itu.

“Curiga dengan khabar angin itu, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu dan mendapati terdapat kesan k0yak pada alat sulitnya,” katanya seperti dilaporkan Borneo Post, semalam.

Pihak polis tidak menafikan wujud jenayah r0-g0l dalam kes tersebut kerana kegagalan guru tersebut mengawal na-fs-unya.Kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.KREDIT
+

Post a Comment

+