TAK PUAS HATI RAKAN TAK LAYAN, PENGANGGUR BUAT LAPORAN POLIS

+
JOHOR BAHRU - Seorang penganggur bertindak membuat laporan polis terhadap rakannya kerana tidak lagi mahu mengendahkannya.

Laporan dari China Press melaporkan, lelaki berusia 31 tahun dari Johor Bharu itu merasa tidak gembira selepas rakannya itu tidak mengendahkannya apabila mereka bertemu di sebuah medan selera di Skudai pada pukul 6 petang pada 2 Februari lepas.

Dia kemudiannya pergi ke Balai Polis Taman Universiti pada 10:55 malam dan membuat laporan polis yang megatakan rakannya, yang selalu membeli rokok, makanan dan minuman untuknya tidak lagi mempedulikannya apabila mereka bertemu seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+