"SIAL PUNYA HOSPITAL !" - AZMIE

+

TANJONG KARANG - Berang dilayan sambil lewa oleh kakitangan sebuah hospital, seorang lelaki memuat naik beberapa gambar fasiliti hospital itu dengan caption kemarahan. 

"Ruang dalam hospital yang kosong hanya ada seorang sahaja pesakit yang ada dan seorang kanak-kanak dan seorang lagi anak aku. 

"Sial punya hospital, tunggu dekat satu jam tak dipanggil, sekali aku masuk rupa-rupanya tengah berborak. Muka yang periksa anak aku itu pula baru bangun tidur," kata Azmie di akaun Facebooknya. 

Menurut Azmie, tindakannya merakam gambar dalam hospital itu membangkitkan rasa tidak puas hati kakitangan yang bertugas. Bagaimanapun dia tidak mengendahkannya. 

Terdahulu, Azmie mengakui perkara yang sama juga pernah terjadi sehingga melarat ke pergaduhan dengan kakitangan hospital tersebut. 

"Banyak kali dah begini. Dulu, aku siap bergaduh lagi dengan diorang. Diorang kata aku tak faham dengan kerja-kerja diorang," jelasnya kepada rakan-rakannya di Facebook yang pada masa kejadian itu dia menunggu selama 3 jam, membuatkan dia berang. 

Tambahnya lagi, aduan juga pernah dibuat pada pengerusi pelawat hospital, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. 

"Kalau perkara ini tidak berlaku, saya tidak akan masukkan di Facebook. Sebab perkara ini berlakulah saya sudah hilang sabar. Maaflah, saya bukan nak mencari salah sesiapa dan bukan semua kakitangan hospital begitu tetapi disebabkan seorang dua kakitangan hospital begitu, busuk nama hospital Tanjong Karang. 

"Bukanlah aku nak viralkan sesuka hati. Tetapi yang kena itu anak aku sendiri. Itu yang aku panas hati tengok segelintir kakitangan hospital kerja tak ikhlas seperti itu. Bila aku masuk, dan² tu la baru nak periksa anak aku," katanya. - SUMBER
+

Post a Comment

+