"LEGA DAPAT MEMBANTU ANJING TERBIAR INI"

+
4 Mac 2016 adalah Jumaat yang sangat bermakna bagi aku dan Black. Seekor anjing sesat menumpang berteduh dan tidur berhampiran toilet dan bertukar tempat di bawah meja lama selepas dihalau setiap hari. 

Seekor anjing yang sangat takutkan manusia tetapi tidak pernah menyalak, tidak pernah mengacau orang, tidak kencing dalam bangunan. Cuma menumpang berteduh, rehat dan tidur. 

Lumrah manusia yang takutkan anjing liar, yang akan lari bila ternampak Black. Aku pun sama pada mulanya, sehinggalah kami berdua menjadi 'kawan'. Saya lega apabila Black menerima niat saya membantunya. 

Hobi Black memang sangat suka menggaru badannya sebab gatal. Akibatnya, banyak luka di badannya. 

Setiap hari saya akan jumpa Black, borak seorang-seorang, sampailah terdengar cerita ada seekor anjing ditembak di kawasan UTM. 
It was wrong, just wrong. Black anjing yang baik, tetapi aku tidak mampu nak membuat semua orang menerima Black. 

Kemudian aku post di Facebook group kucing agar ada yang sudi mengambil Black sebagai anjing peliharaan. Kalau tak dapat pun, bawalah Black ke tempat yang lebih baik berbanding sini. Tolong jangan tembak dia. 

Alhamdulillah, Black sekarang sudah selamat. Terima kasih Encik Ming sebab sudi ambil Black. Walaupun banyak halangan nak memujuk Black masuk ke kereta, tetapi kami berjaya! 

Black yang baik, berbahagialah dengan tuan barumu.

Bukakanlah hati anda untuk haiwan terbiar di luar sana. Tunjukkan pada dunia bahawa anjing juga layak diberi peluang kedua. Jaga diri Black, aku akan merinduinya. - Siti Hajar AJ.....................SUMBER
+

Post a Comment

+