HIASAN DALAMAN PESAWAT EMAS SULTAN JOHOR MULA TERSEBAR (4 GAMBAR)

+

KUALA LUMPUR: Selepas pesawat “emas” Boeing 737 baharu milik Sultan Johor selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada Isnin selepas terbang dari Amerika Syarikat, baginda kini akan menerbangkan pesawat tersebut buat kali pertama. 

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan media sebelum ini menyatakan bahawa baginda akan menerbangkan sendiri jet peribadi Boeing itu ke Pulau Pinang untuk menikmati hidangan tradisi nasi kandar. 

Terbaharu, sumber memaklumkan kepada Malaysian Digest, baginda telah menjemput beberapa individu dan pegawai antaranya termasuk Mufti Johor, Datuk M Tahrir Samsudin untuk menaiki dan melihat sendiri secara dekat reka bentuk dalaman pesawat peribadi baginda itu. 

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, kelihatan beberapa individu berada di dalam pesawat mewah itu. 
Foto ihsan sumber 

Selain bercat emas dan biru yang berlambangkan negeri Johor di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan, pesawat tersebut turut tertera perkataan ALLAH di bahagian kepala dan perkataan Johor di bahagian tepi pesawat itu, yang mana kedua-dua perkataan itu dieja dalam tulisan jawi. 

Berdasarkan gambar, perkataan ALLAH dan Johor ditulis menggunakan warna biru.
Foto ihsan sumber 

Malah sumber berkata, pesawat yang mengambil masa selama 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman itu juga akan diterbangkan ke Mekah. 

Bagaimanapun, sumber tidak menyatakan tarikh penerbangan tersebut memandangkan Sultan Johor sebelum ini juga menyatakan bahawa baginda akan membawa individu yang tidak berkemampuan mengerjakan haji. 

Terdahulu, Malaysian Digest yang memetik sumber penerbangan melaporkan Sultan Johor telah membeli sebuah pesawat baharu Boeing 737, yang mana pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Washington ke Johor Bahru. 

Pada Isnin, Sultan Johor mengesahkan pembelian pesawat tersebut selepas pesawat berkenaan selamat mendarat kira-kira pukul 1.30 tengah hari. 

Pesawat terbaharu Sultan Johor itu boleh menampung antara 25 hingga 30 orang, selain dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi. SUMBER
+

Post a Comment

+