BESUT:WANITA KURANG SIUMAN HANCUR DAN MAUT DI LANGGAR KERETA

+
BESUT - Seorang wanita dipercayai kurang siuman maut dilanggar pelbagai kenderaan dalam kejadian di Kampung Anak Ikan, Jerteh, pagi semalam. 

Dalam kejadian di Kilometer 89, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Siti Aminah Jusoh, 37, ditemui oleh orang awam yang lalu lalang di jalan tersebut, sebelum melaporkan perkara itu pada pihak polis, jam 5.50 pagi.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai berada di tengah-tengah jalan yang gelap sebelum dilanggar kenderaan pertama, yang seterusnya dilanggar pelbagai lagi jenis kenderaan sehingga mayat mangsa hancur. 

Polis kini sedang mengenalpasti kereta-kereta yang terlibat, bagaimanapun masih belum menerima sebarang laporan mengenai kes itu. - PIXEL MEDIA
+

Post a Comment

+