24 PERKARA YANG BUATKAN SAYA TERUS MENETAP DI JEPUN

+
"Nak duduk di Jepun sampai bila? Apa plan selepas grad? Nak kerja di mana? Baliklah cepat!" 
Itulah soalan yang ditanya oleh kenalan. Bila saya jawab tak nak balik Malaysia dan mahu terus menetap di Jepun atas alasan nikmatnya tidak terhingga di negara matahari terbit ini, ramai yang menuduh saya lupa daratan, tidak rindukan keluarga, lupakan kawan, bajet dah jadi orang Jepun, duduk di negara maju sampai tak pandai kampung dan sebagainya. 

Biarlah saya berterus terangan. Jujur saya memang tiada jawapan untuk sindiran-sindiran ini. Cuma mahu mengajak anda semua berkhayal seketika. 

Cuba bayangkan apa perasaan anda kalau kehidupan anda saban hari seperti di bawah:

  1. Setiap kali pergi membeli belah, anda akan disambut dengan kata-kata 'Selamat Datang, "Terima kasih kerana datang", berserta dengan senyuman.
  2. Setiap kali sudah membeli belah walaupun sebiji gula-gula, anda aan dihargai dengan kata-kata "terima kasih sila datang lagi," bermula dari pekerja di kaunter, pengemop lantai sehinggalah tukang buang sampah di luar kedai.
  3. Anda bawa sekeping RM100 ke kedai runcit mahu membeli aiskrim sebatang. Bila nak bayar, anda tidak perlu risau disuruh oleh jururawang pergi 'pecahkan' duit itu dulu di tempat lain atau risau juruwang buat muka sebab menyusahkan dia nak memberi baki yang banyak. Anda boleh bayar aiskrim 50 sen itu dengan sekeping RM100. Siap bayar, juruwang siap ucapkan terima kasih dan senyum pada nada.
  4. Kalau anda sedang beratur ada urusan atau membeli belah, anda tidak perlu risau langsung barisan akan dipotong. Begitu juga semasa tengah beratur di jalan raya yang sesak. Tidak akan ada pemandu yang terencat kononnya dia seorang sajalah yang nak sampai cepat sehingga menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan.
  5. Setiap kali ada orang buat kesilapan walau sekecil mana pun, dia akan terus meminta maaf dengan menundukkan badan dan kepalanya. Padahal kesilapan yang berlaku adalah berpunca dari kita. 
  6. Pintu rumah anda tidak perlukan geriji, tidak perlu kunci, apatah lagi CCTV. Anda boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan dua atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun. 
  7. Setiap kali anda berjanji dengan orang sekeliling, anda tidak perlu kalkulator untuk mencongak waktu nak sampai sama ada lewat sejam atau sejam selepas waktu yang dijanjikan itu sebab mereka memang akan sampai tepat pada masanya. Kadar kelewatan pun serendah 0.000001 saat.
  8. Anda tidak perlu lagi memikir tentnag masa setiap kali nak keluar dating dengan awek kalau naik pengangkutan awam sebab servis memang akan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan
  9. Anda boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah sekali pun dengan hanya menaiki train. 
  10. Anda mahu membuat sampah, tetapi tong sampah tiada. Sampah disekeliling pun tiada, jadi anda akan berasa segan untuk membuang sampah merata-rata dan secara automatiknya persekitaran anda juga akan menjadi bersih dan terjaga.
  11. Di jalan raya, semasa anda sedang memandu, tiap kali ada kereta dari jalan lain nak masuk depan dan bila anda memberi laluan, pemandu itu akan menyalakan lampu isyarat kecemasan sebagai tanda berterima kasih. 
  12. Setiap kali anda berada di satu simpang nak keluar ke jalan lain, anda tidak perlu tergesa-gesa menekan pedal minyak untuk cepat kerana sekejap sahaja ada kereta yang beri anda masuk ke lorong mereka sebagai tanda mereka adalah masyarakat yang prihatin dan suka mengalah. 
  13. Anda masuklah ke mana-mana tandas awam pun, ianya sangat bersih, sehingga anda sendiri keliru, apakah itu tandas atau surau?
  14. Setiap kali mengidam mahu membeli sesuatu, anda boleh goyang kaki dalam bilik. Boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran.
  15. Anda tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk membayar bil-bil rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak pergi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka (7 Eleven, KK Supermate) semuanya boleh diselesaikan di situ.
  16. Anda boleh tenang saja jika barang berharga seperti dompet anda tercicir. Tidak perlu risau sangat kerana peluang untuk anda berjumpa balik di tempat terjatuh atau balai polis itu adalah tinggi.
  17. Anda pegang duit banyak-banyak dalam dompet, pakai dan bawa banyak gajet atau perhiasan mahal dengan selamba saja ke sana sini tanpa perlu risau dihukum. 
  18. Anda boleh keluar jalan seorang diri di tengah malam buta untuk tenangkan fikiran semasa putus cinta tanpa fikir panjang soal keselamatan dari perogol, penyangak, penjenayah, pembunuh ataupun peliwat. 
  19. Anda bebas melakukan apa saja jua aktiviti/perkara pelik di tempat awam tanpa risau aksi akan akan dirakam oleh orang lain dan diviralkan di Facebook kerana masyarakat sekeliling anda bukan keyboard warrior dan memang jenis yang tidak hiraukan orang lain.
  20. Bagi bikers yang memiliki helmet mahal seperti Shoei, Arai, Barai ke, anda tidak perlu susah-susah anak ke sana sini helmet itu takut hilang dicuri. Letak saja di atas motosikal dan tinggalkan berpuluh-puluh tahun pun, nescaya helmet tidak akan berganjak dari tempat asal.
  21. Anda tidak perlu risau terkena darah tinggi kerana tekanan perasaan jika bermain gambar online akan menyebabkan internet sangat laju selaju jet snack Apollo tidak kira celah semak mana anda duduk.
  22. Juga tidak perlu risau kena darah tinggi dan tertekan bila tengok gelagat menteri anda sebab mereka memang hati bersih bagaikan air yang jernih di dalam bekas yang berdebu. 
  23. Anda bebas berselfie tanpa dikecam. 
  24. Akhir sekali, bayangkan anda dapat menjadi orang yang paling power bahasa inggeris, walaupun subjek English (SPM) anda dulu gagal teruk E+. Beza nasi dengan nation pun tak tahu, tapi andalah paling hebat sekali. Perasaan ini yang paling win. 
Itu baru seidkit, nak gambarkan semua situasi memang tak akan habis ditulis. Pernah ada yang kata saya orang Malaysia yang tidak mahu balik dan memilih untuk duduk lama di tempat orang ini, kerana sudah lupakan asal usul sendiri atau alasan lain yang masuk akal sikit sebab nak menikmati keseronokan 4 musim. 

Sebenarnya pada saya, bukanlah benda itu yang membuatkan kami sebagai perantau tak mahu balik ke Malaysia, tetapi segala-galanya soal keamanan, kesejahteraan dan kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. 

Kalau di Malaysia sekarang, situasi sangat tenat terutamanya politik, ekonomi, jenayah. Tidak hairanlah mereka-mereka ini nak kena halau dulu baru pandai balik.

Saya diberikan pilihan untuk memilih mahu menetap selama yang boleh di negara matahari terbit ini bukan sebab saya tidak merindui Malaysia. Bukan juga sebab tidak rindukan keluarga, bukan sebab melupakan sahabat. Tetapi sebab hidup di tanah air sendiri sekarang ibarat warga asing yang dianaktirikan oleh kerajaan. 

Sangat membebankan, bermacam-macam masalah. Pun begitu, saya terpaksa balik juga tahun depan. Malaysia pada saya walaupun empat musim, jika kehidupannya seharmoni sewaktu saya kecil dahulu, pemimpinnya yang sepanjang Tun Dr Mahathir memerintah dulu, pastinya lebih indah didiami berbanding Jepun, tanah yang saya pijak sekarang. - Onesy Kun | PIXEL MEDIA
+

Post a Comment

+