RM 2.6 BILLION:"BELIAU MAHU BAGI WANG ITU KEPADA SIAPA,JADI APA?"-SOAL PEGUAM NEGARA

+
PETALING JAYA, 7 Feb: Penderma wang RM2.6 billion kepada Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah salah seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi, kata peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Namun beliau enggan mendedahkan identiti penderma tersebut.

"Kami tahu namanya. Beliau bukan Allahyarham Raja Arab Saudi tetapi anak lelakinya. Beliau masih lagi hidup," katanya menerusi satu temu bual dengan Sinchew Daily.

Tambah Apandi, pegawai SPRM juga telah merekodkan keterangan dari penderma itu dan beliau sudah membaca laporan berkenaan.

"Mengapa orang bertanya sebab derma itu? Soalan ini perlu ditanya kepada penderma tersebut. Beliau mempunyai berbilion-bilion wang. Beliau mahu memberikan wang itu kepada sesiapa, jadi apa?

"Ia adalah wang milik beliau. Ini adalah perkara peribadinya. Negara kita tidak mempunyai undang-undang yang menyatakan menerima sumbangan dana politik adalah salah disisi undang-undang," katanya sebagaimana lapor mStar Online. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+