"RAMAI TAWAR NAK BELI SI TUAH" - TUAN KUCING BERMUKA DUA.!!

+
KUALA NERUS: Empunya kucing bermuka dua yang viral di Facebook baru-baru ini berkata ramai yang menawarkan untuk membeli kucing ajaibnya itu.

"Ramai yang menawarkan untuk membeli dan menjaga kucing bermuka dua selepas cerita mengenainya menjadi viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak Ahad lalu," kata Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini.

Bagaimanapun, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, berkata dia mengambil keputusan untuk membelanya dan berharap ia dapat membesar dalam keadaan sihat seperti kucing lain.

Ruszaihaa, dari Kampung Teluk Ketapang berkata, ketika kucing berkenaan dilahirkan pada Sabtu lalu, dia menyangkakan anak kucing itu sudah mati, namun terkejut apabila ia mengiau sebaik sahaja diangkat.

"Ibu kucing berkenaan yang dipelihara sejak setahun lalu, turut melahirkan seekor lagi anak kucing yang normal," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Ruszaihaa juga, ibu kucing kepada kucing itu turut membiarkan anak kucing ajaib itu bersendirian.

"Bimbang ia tidak dapat bertahan lama, saya mencari susu formula dan membawanya ke Klinik Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk mendapatkan rawatan untuknya.

"Alhamdulillah, keadaan anak kucing ini bertambah sihat dan klinik memberi ubat sapu bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya yang memberikan kucing itu nama Si Tuah.

Pegawai Perubatan Veterinar Kuala Terengganu, Dr. Khairul Anwar Mohamad berkata, kes kucing terbabit dirujuk kepada pihaknya pada Ahad lalu dan hasil pemeriksaan mendapati ia normal. Namun kucing tersebut bergantung kepada ketahanan badan 100 peratus untuk terus hidup.

"Mengikut rekod, kejadian ini adalah yang pertama di negeri ini dan sesuatu yang luar biasa. Bagaimanapun, jika kucing ini dijaga dengan baik dan diberi makanan bersesuaian, ia mungkin boleh bertahan lama," katanya. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+