POWER:Anak Malaysia Cipta Nama,Gadis ini Buktikan Teori Einstein Berhubung Gelombang Graviti

+
Seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pegajian peringkat PhD di University Of Glasgow, Scotland bersama pasukannya telah berjaya mengharumkan nama negara apabila beliau telah berjaya membuktikan teoti Alberts Einstein berhubung gelombang graviti.

Norhafizah Noor Isa yang berasal daripadan Machang, Kelantan adalah bekas penuntut di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) untuk ijazah Sarjana Muda (2006-2009) dan Peringkat Sarjana (2009-2012) di universiti yang sama dalam bidang Fizik Bahan.

Di University Of Glasgow, beliau merupakan ahli Institut Graviti Penyelidikan di universiti tersebut di mana beliau telah menyumbangkan kertas Saintifik 'Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger'.
Pertemuan beliau bersama pasukannya telah menjadi bualan banyak media antarabangsa sejak minggu lalu.

Pencapaian berkenaan turut telah meraih kepujian daripada ahli akademik Malaysia, termasuk profesor fizik Universiti Putra Malaysia (UPM), Hishamuddin Zainuddin yang telah berkongsi petikan daripada kertas saintifik itu dalam laman Facebooknya.

Terbaru, Permasuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris telah melahirkan ucapan tahniah kepada beliau dan pasukannya kerana berjaya membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas ini. - Siakapkeli.my

+

Post a Comment

+