INILAH 7 JALAN RAYA BERBAHAYA DI DUNIA

+
Apabila anda pulang ke kampung halaman, pasti anda melalui jalan-jalan yang bengkang-bengkok. Itu baru berbengkok-bengkok, belum lagi yang berlubang. Tetapi kalau yang menaiki kapal terbang, tidak akan merasainya. Kalau anda melalui kawasan desa dengan menggunakan kereta sebenarnya lebih baik kerana tidak banyak kereta. Selain dari itu jalan luar bandar lebih tenang. Anda boleh menikmati keindahan alam sekitar. Tetapi anda jangan tidak tau, terdapat juga jalan raya yang berbahaya.

Itu cerita pulang ke kampung halaman tetapi kalau anda yang suka mengembara, rasanya banyak cerita yang menarik yang boleh anda kongsikan. Terutama sekali sepanjang-panjang perjalanan mempunyai pelbagai cerita yang menarik. Kami kongsikan tujuh gambar jalan raya yang berliku di seluruh dunia. Anda jangan terkejut pula.
1. Zoji La, India
Ladakh dan Kashmir berhubung dengan jalan raya yang panjang iaitu 9 kilometer. Jalan ini adalah sempit dan haiwan ternakan sentiasa melalui jalan ini.
2. Yungas Road, Bolivia
Lebuh raya ini adalah salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia dan telah mengambil 200 - 300 nyawa setahun. Gunung yang curam dan tebing memang menakutkan!

3. Atlantic Ocean Road, Norway
Jalan Lautan Atlantik menghubungkan perkampungan kecil di sekitar pantai. Ramai pelancong yang sukakan jalan ini. Tetapi anda lihat sendiri bagaimana jalan raya ini yang perlu melintasi Jalan Lautan Atlantik.
4. Guoliang Tunnel, China
Guoliang Tunnel dibina oleh penduduk tempatan. Ini adalah satu-satunya jalan keluar yang mudah dari gunung. Selain dari itu penduduk kampung boleh berkomunikasi dengan dunia luar.
5. Le Passage duGois, France
Jalan ini hanya terbuka untuk beberapa jam setiap hari. Jalan-jalan yang tersembunyi di bawah air untuk sepanjang hari. Sebelum memasuki lebuh raya, anda perlu membaca jadual air pasang surut. Jika tidak, kereta anda akan tenggelam.

6. Caucasus’ Road, Russia
Jalan sempit inimenghubungkan Sochi dan Ritsa melalui gunung. Ia adalah menakutkan tetapi pada masa yang sama menarik juga.

7. Jambatan Eshima Ohashi, Jepun
Jambatan ini menghubungkan Sakaiminato dan Matsue. Kira-kira 1.7 km panjang dan 11.3 meter lebar. Dari jauh, jambatan itu seolah-olah mustahil untuk mendaki. Ketinggian ini membolehkan kapal-kapal besar melalui di bawahnya.
+

Post a Comment

+